Pages

Thursday, March 11, 2010

Kenapa bukan Azizan yang digugur?



Semalam dua exco digugurkan dan dua digantikan. The Unspinners tertanya-tanya, kenapa exco digugur. Kenapa tidak MB digugurkan kerana dia memegang banyak portfolio utama dan penting?

Dia bukan ada apa-apa pencapaian tetapi hebat dalam bertai chi mengelak soalan dan lari dari menjawab. Baca madah berhelah Azizan oleh Duke di MyKMU sini.

Berikut dipetik dari Pusaka Ayahanda sini:
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rombakan membabitkan tiga anggota Exco sedia ada, selain melantik muka baru setelah dibuat penilaian sepanjang dua tahun memegang portfolio masing-masing.

“Senarai itu sudah ada pada saya, tetapi selagi belum diperkenankan oleh Tuanku Sultan, senarai itu tidak boleh didedahkan. Tiada pertambahan portfolio tetapi mungkin akan dipecah-pecahkan, dan bertukar portfolio antara Exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Ditanya sama ada wakil DAP akan diberi peluang membarisi anggota Exco kali ini, Azizan enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi.

Azizan dijangka mengumumkan barisan Exco baru Kedah pada 10 Mac ini. Exco Kedah dibarisi tiga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan selebihnya Pas. - Sinar Harian
Dengan pelbagai spekulasi serta kemelut yang melanda PKR sekarang ini, apakah MB Kedah iaitu Ustaz Azizan akan mengekalkan wakil dari PKR didalam barisan exco kerajaan negeri?

Banyak desas desus dari Kedah mengatakan bahawa MB Azizan telah menerima tekanan dari pihak DAP yang mahukan wakil mereka diletakkan didalam exco kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Dan ramai juga dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Kedah terutamanya Pas yang kurang senang dengan wakil dari PKR dan juga corak kepimpinan Ustaz Azizan sendiri.

Amalan harian Azizan Tai Chi

Ada juga "angin kencang" yang bertiup mahukan Mahfuz mengambil alih tugas Menteri Besar daripada Ustaz Azizan. Ini kerana, ramai pemimpin PR di Kedah yang berpendapat bahawa Ustaz Azizan terlalu pasif didalam mempertahankan rakan sejawat PR dinegeri-negeri lain yang dilanda masalah.

Mahfuz pula dilihat lebih vokal didalam mempertahankan setiap isu nasional yang timbul walau kebanyakan kenyataan Mahfuz hanya bertaraf budak sekolah rendah.

Namun Mahfuz kini dianggap "hero" dikalangan pemimpin-pemimpin PR Kedah kerana keberanian membuta tulinya.

MB Azizan juga berdepan dengan ketidakpuasan hati dikalangan pengundi-pengundi cina kerana mereka tidak mempunyai suara didalam barisan exco negeri.

Ini mungkin menjadi satu sebab yang kuat untuk Azizan melantik wakil dari DAP bagi memenuhi kehendak kaum tersebut.

Dan kegusaran isu lompat parti merebak ke Kedah, Ustaz Azizan pasti tak akan mengambil risiko untuk mengekalkan wakil dari parti PKR yang kini semakin hilang arah.

Yang pasti, MB Azizan kini berdepan dengan dilema sama untuk menentukan exco terbaik didalam barisan kepimpinan negeri Kedah.

NOTA: Untuk maklumat, pecahan ADUN di DUN Kedah adalah 14 BN, 1 DAP, 3 PKR, 16 PAS, dan 1 Bebas.

Seorang ADUN DAP pernah diberi tugas sebagai exco tapi berhenti dan menjadi bebas apabila tidak bersetuju dengan polisi perumahan 80% untuk Bumiputera apabila guna tanah kerajaan negeri. Polisi itu sudah dihentikan kini.

No comments:

Post a Comment