Pages

Tuesday, March 9, 2010

Lakunan strategi "main kasar dan provoke" di Kelab Sultan Sulaiman

Inilah petikan berita dari laman pembangkang yang menggambarkan bagaimnana polis terpaksa masuk campur.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.Ngok ... ada paham tak? Kalau tak ada permit polis, tak boleh buat cermah diluar.

Sebenarnya mereka faham. Semua ini lakunan untuk timbulkan persepsi buruk terhadap polis seolah-olah menganiaya rakyat. Ada siap kata 1,000 berkumpul malam tu. Baca Garamanis sini.

Di twitters, kesemua pemimpin pembangkang cuba menggambarkan polis sebagai kasar dan biadap serta usaha polis itu bertentangan dengan hak mereka untuk berkumpul. Polemik basi.

Pak Sheikh al Liwat siap kata pencabulan hak asasi manusia oleh BN. Ini dah polemik kunyit basi.

Betul ke kejam?

Blog Gelagat Anwar sini pergi ke Stadium Raja Muda di mana budak-budak AMK berkumpul selepas kejadian.

Ketika minum teh tarik di sebelah Stadium Raja Muda, AMK Shah Alam masih gagal menahan gelak kerana Tahir (AMK Hulu Selangor) diarahkan berlakon sebagai cedera teruk dan kritikal. Budak-budak AMK Shah Alam pun kena cota juga, tapi mereka tidak ‘kritikal’. Tahir diarah oleh Sam Ayam untuk berlakon sebagai kritikal. Itu yang budak-budak AMK tak boleh nak terima.Mereka sedang menggunakan strategi baru bernama ‘main kasar dan provoke’ terhadap PDRM untuk gambarkan polis sebagai anjing kerajaan. Istilah ‘anjing kerajaan’ juga yang digunapakai oleh Azmin Ali. Ia akan terus diguna hingga Mar 25hb.

No comments:

Post a Comment