Pages

Tuesday, March 2, 2010

Kenapa PKR terus menyalak salahkan orang lain bila rumah tangga mereka berantakan?

Aku tak faham betul dengan pucuk pimpinan PKR ini yang terus menyalahkan orang lain apabila seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar parti. Tiada sekelumit pun kenyataan mereka menafikan segala tuduhan dan alasan wakil2 rakyat mereka kenapa mereka keluar parti, apatah lagi mahu mengakui.

Sudah jelas mereka keluar dari parti itu dengan membawa pelbagai alasan berhubung kait kelemahan pucuk pimpinan parti mereka tetapi sekelumit pun tiada usaha untuk mereka bermuhasabah dan merenung sejenak untuk melihat sebab-sebab mereka keluar parti.

Apa salahnya mereka merenung apa yang dikatakan oleh wakil-wakil rakyat terbabit dan duduk berbincang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka dan bukannya menyalak menyalahkan orang lain yang tidak ada kena mengena pun. Tak kiralah Anwar ke, Syed Husin ke, Tian Chua ke siapa-siapalah termasuk balaci-balaci dan Firaun kecil yang Zul Nordin sebutkan, tidak pernah mengaku parti mereka bermasalah. Sebaliknya mereka dengan kencang melancarkan serangan terhadap UMNO, Najib waima Rosmah sekali pun.

Pelik sungguh parti ni. Tak macam Pas yang cepat-cepat mengadakan mesyuarat atau berbincang untuk menyelesaikan apa sahaj masalah atau perselisihan pendapat di kalangan pemimpin mereka. Hasilnya, masalah dalam parti Pas sukar dihidu oleh media. Sebab itu sehingga kini tidak ada pun wakil rakyat Pas yang keluar parti atau lompat ke parti lain.

Tapi sebaliknya PKR lebih gemar menyalahkan orang lain daripada memperbaiki diri mereka. Orang kata, puak2 seperti ini adalah golongan bodoh sombong. Sudah bodoh, sombong pula. Nyatalah mereka adalah jenis pemimpin dan parti yang lebih gemar menyapu sampah di bawah karpet daripada menyelesaikan masalah itu.

Sudah-sudahlah wahai pemimpin PKR. Lebih baik kalian duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti kalian daripada menyalak menyalahkan orang lain. Dan tak payahlah menunggu "wahyu" dari Penasihat kalian itu untuk menyelesaikan masalah parti sebab beliau sendiripun penuh dengan masalah peribadi yang tak selesai-selesai. Lagipun semua masalah dalam PKR selama ini pun kerana Penasihat kalian.

Sampai bila PKR nak dibayangi oleh Anwar Ibrahim. Kalau PKR mahu terus bertanding pada PRU-13 nanti, tinggalkanlah Penasihat kalian. Tukarlah Presiden kalian. Pilihlah pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. PKR tidak kurang pemimpin yang berwibawa tetapi kerana terlalu mengikut telunjuk Penasihat kalian maka beginilah jadinya dengan PKR.

Dan kalau usaha tersebut gagal, lebih baik kalian tinggalkan saja parti anak beranak itu dan carilah parti lain yang benar2 ikhlas dalam perjuangan mereka. Ketahuilah hayat PKR sudah semakin sampai di penghujung...!!

Sumber: mesintaipburuk

No comments:

Post a Comment