Pages

Monday, March 1, 2010

MASIH DIJAJAH...



Penjajahan kerjaya...

Aku berjumpa ngan sorang member lama, Dharma Harun (DH). 25 tahun gak x dengar berita. Agak terkezut gak bila bersua ngannya. Penampilan selekeh, raut wajah cengkung, x da transport, paling teruk - x da duit. Ditinggalkan kedua2 isteri & anak2 terdahulu..

Tapi yg agak ok sket adalah kariernya. Keja kilang sebagai senior executive. Gaji RM3-4K gak la, tapi bila mai ujung bulan - Along sapu abih!! Dihormati & disenangi oleh colleagues. Akan tetapi...

...beginilah al-kisahnya...

DH ni sorang yg rajin berkeja. Willing to learn new things, dedicated, always available walau dipanggil utk support pada sebelah malam, sikit pun x claim overtime. MANA NAK JUMPA ORANG CAMNI?

Pada mulanya, boss cukup sayang kat DH. Yalah, dah balik umah, pastu dipanggil dek boss kol 11 malam utk siapkan projek drafting, assignment boss, presentation utk boss pd esokya. Tiap2 minggu camni, tiap2 bulan, tipa2 tahun camni. Tapi, bila mai time utk annual evaluation - dlm 5 tahun keja cam nak gila, baru sekali terima promotion. Tu pun, naik RM50. Diperah hingga kering!!

Boss tu pulak - Melayu. Tapi asyik dok jilat jubur Jepun jer!! Bila bawak proposal utk promote DH, "Enough Ren (bukan nama sebenar) san, give to others..remember - rotation base. But when explain to sub-ordinates, say to them it's actually based on performance..BAKA!! (maksud bodoh dlm bahsa Jepun)".

Itu kalau pasai promotion. Kalau dari segi employees' welfare lagi teruk. Gaji masih di zaman awal 90-an walaupun dihimpit ngan kenaikan taraf hidup la ni. Keja DH ni selalu kena panggil pada malam2 (lepas abis ofis hour), hari cuti Sabtu-Ahad pun kena mai lagi. Tu pun boss selalu kata,"Selagi enko pakai uniform ni, kenalah ingat, company first!! Kalau x dak company ni, mana nak dapat gaji kita". DH jadi wakil pekerja utk suarakan pada majikan, naikkanlah gaji. Tak RM100 pun, RM50 pun jadilah. Janji boleh naik tiap2 tahun. Tu pun masih x cukup. Tapi, boss DH (Ren) asyik kata, "Employees happy, company die lor.."

DH ingat nak berenti, tapi tetap nak tunjukkan loyalty to the company. Mana tau, kot2 tutup kilang ni, leh gak rasa VSS. Ada gak duit poket. Sebab tu dia x jadi berenti. Sebelah malam, kalau x dipanggil boss, DH akan kuar melilau di pekan sambil jalan kaki cari "duit pijak". Kutip tin minuman la tu. Boleh gak kais malam, makan esok pagi. Akhirnya, camni lah nasib dia..

OK. Takat tu dulu citer pasai DH ni. Naik sebak gak bila aku dok taip ni. Tapi bagi aku, secara fatamorgananya, masih ada penjajahan berlaku. Boss DH ni, eloklah dipanggil watak Buang, lakonan Salleh Kamil dalam filem P Ramlee, Sarjan Hassan. x leh nak tolong bangsa sendiri, masih dok ikut telunjuk Jepun.

Benda2 camni, aku ingat nak citer kat YB Dato'. Kena ambik tau sebab depa ni pun pengundi gak. Kalau kakitangan gomen x pa, selalu dapat rasa imbuhan dari gomen. Depa ni sebenarnya dalam frustation, diketepikan kebajikan, sebab tu ramai warga kilang pangkah pembangkang!! Gomen pun x tengok keadaan kami!! Kalau satu kilang ada 1.5K pekerja, bayangkan betapa banyaknya undi dapat diraut semasa pilihanraya. Biler lagi nak ambik kesempatan ni?

No comments:

Post a Comment