Pages

Sunday, March 14, 2010

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyuarakan rasa kecewa dengan pembangunan Kedah yang dianggapnya tiada menampakkan sebarang kemajuan sepanjang tempoh dua tahun ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Katanya beliau melihat Kedah mempunyai potensi yang besar untuk maju, namun apa yang disaksikan sepanjang dua tahun pentadbiran PR amat mengecewakan.

Beliau berkata Langkawi merupakan aset utama negeri yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, tetapi kerajaan Kedah tidak peka dan gagal mengekploitasi potensi pulau lagenda itu.

"Dalam soal ini rakyatlah yang rugi kerana tidak mendapat manfaat. Sebab itu saya menggalakkan anak-anak negeri Kedah supaya pulang dan bangunkan negeri ini bersama," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Matrade bersama usahawan dan pengeksport wilayah utara di sini, hari ini.

Sementara itu Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Barisan Nasional, khasnya Umno tidak pernah menjanjikan perkara-perkara yang diluar kemampuannya sebagaimana yang dilakukan oleh PR untuk memenangi pilihan raya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment