Lebih ramai pengundi muda dilihat cenderung menjadi pengundi non-partisan (tidak memihak kepada parti) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang. Dianggarkan sejumlah tujuh juta pengundi muda akan mengundi pada PRU13 dan sokongan golongan inilah yang akan menentukan keputusan pilihan raya sama ada memihak kepada BN atau DAP-PKR-PAS yang kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Generasi-generasi muda tidak lagi memegang pada kata-kata atau janji ahli politik, sebaliknya menilai bagaimana sesuatu isu dibangkitkan dan ditangani pihak terbabit.
Mereka ini boleh ubah sokongan dan bertindak-balas bila-bila masa. Kajian yang dilakukan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu 70 peratus daripada mahasiswa/generasi muda tidak meminati politik dengan 10 peratus pro-kerajaan dan 20 peratus bersifat terbuka.
Pemimpin-pemimpin muda perlu diberi lebih tanggungjawab kerana ialah mereka merupakan jambatan kepada pengundi-pengundi muda. Hanya pemimpin muda yang memahami aspirasi golongan muda. Pihak mana yang memberikan lebih ruang kepada pemimpin muda akan mendapat sokongan pengundi muda.
Pengundi muda kini adalah golongan idealis dan "anti-establishment", dan sokongan pengundi muda bergantung kepada faktor demografi dan taraf pendidikan individu terbabit.
Lebih tinggi taraf pendidikan seseorang Pemimpin itu bermakna mereka akan bersikap lebih terbuka dan matang untuk membuat pilihan serta tidak terperangkap dalam pengaruh lingkungan sekitar.
"Ini bermakna politik "warisan", seperti ayah BN maka anak undi BN atau ayah PAS maka anak juga sokong PAS, semakin berkurangan.
Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan media baru menyebabkan golongan itu tidak lagi mengakses maklumat daripada media konvensional tetapi "mencipta" maklumat dan membentuk pandangan tersendiri.
*** Seorang demi seorang Pensyarah membuat analisa dan kajian mengenai PRU ke 13 dan polar sokongan pengundi-pengundi muda. Apakah analisa dan kajian ini tidak tepat atau pemimpin yang sedia ada masih di buai mimpi-mimpi indah ? Apakah tindakan yang diambil untuk menarik perhatian pengundi-pengundi muda ini ? FIKIR-FIKIRKAN LAH !!!
Sumber: KEDAH LANIE
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemimpin UMNO sendiri faham ke analisis sebegini? Atau mengangguk umpama Belatuk, tetapi bukan angguk membaiki, lagi angguk lagi besar lompang kejahilan....
ReplyDeleteUntuk yg masih lg x paham, kena "sekolah"kan depa. Nak "sekolah"kan depa, kena ber"cikgu"kan yg pandai mengupas dalam menganalisa keadaan semasa. Tak guna duit dihabiskan hantar depa2 ni ke "ILMU" tapi lepas balik ke bahagian masing2 - masih bengap & kedekut ilmu - tak reti nak sebarkan ke akar umbi. Berapa ramai "pelajar" dari Biro Penerangan (baru-baru ni) yg balik dari "ILMU" punya kesedaran ni?
ReplyDelete