Pages

Thursday, March 11, 2010

Kenapa bukan Azizan yang digugur?



Semalam dua exco digugurkan dan dua digantikan. The Unspinners tertanya-tanya, kenapa exco digugur. Kenapa tidak MB digugurkan kerana dia memegang banyak portfolio utama dan penting?

Dia bukan ada apa-apa pencapaian tetapi hebat dalam bertai chi mengelak soalan dan lari dari menjawab. Baca madah berhelah Azizan oleh Duke di MyKMU sini.

Berikut dipetik dari Pusaka Ayahanda sini:
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rombakan membabitkan tiga anggota Exco sedia ada, selain melantik muka baru setelah dibuat penilaian sepanjang dua tahun memegang portfolio masing-masing.

“Senarai itu sudah ada pada saya, tetapi selagi belum diperkenankan oleh Tuanku Sultan, senarai itu tidak boleh didedahkan. Tiada pertambahan portfolio tetapi mungkin akan dipecah-pecahkan, dan bertukar portfolio antara Exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Ditanya sama ada wakil DAP akan diberi peluang membarisi anggota Exco kali ini, Azizan enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi.

Azizan dijangka mengumumkan barisan Exco baru Kedah pada 10 Mac ini. Exco Kedah dibarisi tiga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan selebihnya Pas. - Sinar Harian
Dengan pelbagai spekulasi serta kemelut yang melanda PKR sekarang ini, apakah MB Kedah iaitu Ustaz Azizan akan mengekalkan wakil dari PKR didalam barisan exco kerajaan negeri?

Banyak desas desus dari Kedah mengatakan bahawa MB Azizan telah menerima tekanan dari pihak DAP yang mahukan wakil mereka diletakkan didalam exco kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Dan ramai juga dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Kedah terutamanya Pas yang kurang senang dengan wakil dari PKR dan juga corak kepimpinan Ustaz Azizan sendiri.

Amalan harian Azizan Tai Chi

Ada juga "angin kencang" yang bertiup mahukan Mahfuz mengambil alih tugas Menteri Besar daripada Ustaz Azizan. Ini kerana, ramai pemimpin PR di Kedah yang berpendapat bahawa Ustaz Azizan terlalu pasif didalam mempertahankan rakan sejawat PR dinegeri-negeri lain yang dilanda masalah.

Mahfuz pula dilihat lebih vokal didalam mempertahankan setiap isu nasional yang timbul walau kebanyakan kenyataan Mahfuz hanya bertaraf budak sekolah rendah.

Namun Mahfuz kini dianggap "hero" dikalangan pemimpin-pemimpin PR Kedah kerana keberanian membuta tulinya.

MB Azizan juga berdepan dengan ketidakpuasan hati dikalangan pengundi-pengundi cina kerana mereka tidak mempunyai suara didalam barisan exco negeri.

Ini mungkin menjadi satu sebab yang kuat untuk Azizan melantik wakil dari DAP bagi memenuhi kehendak kaum tersebut.

Dan kegusaran isu lompat parti merebak ke Kedah, Ustaz Azizan pasti tak akan mengambil risiko untuk mengekalkan wakil dari parti PKR yang kini semakin hilang arah.

Yang pasti, MB Azizan kini berdepan dengan dilema sama untuk menentukan exco terbaik didalam barisan kepimpinan negeri Kedah.

NOTA: Untuk maklumat, pecahan ADUN di DUN Kedah adalah 14 BN, 1 DAP, 3 PKR, 16 PAS, dan 1 Bebas.

Seorang ADUN DAP pernah diberi tugas sebagai exco tapi berhenti dan menjadi bebas apabila tidak bersetuju dengan polisi perumahan 80% untuk Bumiputera apabila guna tanah kerajaan negeri. Polisi itu sudah dihentikan kini.

Tuesday, March 9, 2010

MADAH BERHELAH

Baru-baru ini, sedang menyelak-nyelak akhbar Utusan Malaysia, saya tertarik dengan ruangan temubual wartawan Zainul Azhar Ashaari mewawancara Menteri Besar Kedah, YB Datuk Seri Azizan Razak. Di antara isi temubual tersebut berkisar mengenai isu-isu negeri Kedah seperti "Azizan tak buat apa-apa", "isu air" dan "isu manifesto PAS ketika PRU12".

Zainul Azhar seakan-akan cuba melakukan "provokasi" terhadap Azizan Razak apabila menimbulkan isu "Azizan tak buat kerja apa-apa". Lantas Azizan "terpanggung" dan menyuruh Zainul pergi "perembang" (tinjau) di kawasan Kuala Ketil. Azizan memang berbangga dapat melaksanakan projek "kampus baru Kolej Universiti Insaniah". Memang benar. Kampus baru Kolej Universiti Insaniah itu projek Kerajaan PAS Azizan Razak. Namun, Azizan sedikit pun tidak memberikan kredit kepada "pengasas penubuhan" Kolej Universiti itu. Siapakah yang menubuhkan Koleh Universiti itu dan dimanakah letaknya? Bukankah letak kampus asalnya ialah di kawasan perumahan yang bakal di sita bank hasil ehsan Kerajaan Negeri PAS? Sekadar menyambung perkara baik yang BN mulakan, siapa pun boleh!

Tapi, takkan setakat kampus baru yang hanya digunapakai oleh segelintir rakyat Kedah, maka Azizan boleh "mendabik dada"? Apa lagi jasa dan kerja Azizan selama jadi MB di Kedah? Satu sahaja? Satu sahaja pembangunannya jika mahu dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang telah BN laksanakan. Itupun Azizan tidak malu untuk meneruskan projek-projek BN termasuklah projek penapisan minyak di Yan yang dahulunya ditentang keras oleh puak-puak PAS? Dulu tentang, sekarang kenapa teruskan pula?

Pada isu "takdak ayaq" di Kedah, Azizan dengan "selamba"nya mengatakan bahawa masalah "air tiada" merupakan "masalah biasa" yang melanda Kedah setahun sekali. Dan Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya kurang pengalaman mengatasi masalah ini memandangkan bahawa ini adalah "pertama kali" mereka mentadbir Kedah. Sekali lagi saya akui perkara ini. Memang di Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali. Namun, ketika BN memerintah, BN sentiasa prihatin dan "beringat" tentang perkara ini. Lori air dan pelbagai mekanisma untuk membantu rakyat telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini kerana BN sedar bahawa air merupakan kemudahan asas kehidupan rakyat Kedah. Tapi Kerajaan Azizan Razak pula gagal mengatasinya dengan alasan "pertama kali"? Apakah Azizan tidak maklum bahawa Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali? Apakah perkara ini "baru" kepada Azizan? Apakah Azizan tinggal di Australia atau UK selama ini sehingga tidak tahu "kebiasaan" di negeri sendiri? Apa punya jawapan la MB ni...reti ke tak reti ni? Sadis sungguh jawapan...

Bila ditanya mengenai "manifesto PAS PRU12", Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya telah melakukan "lebih" dari manifesto yang dibentangkan pada PRU yang lalu. Malah mengakui bahawa setelah dia mentadbir, "baru"lah dia sedar bahawa tak semua benda yang dimanifestokan itu mampu dilaksanakan. Azizan dengan "bangga"nya mengakui bahawa selama ini "tidak tahu" bahawa manifestonya itu dulu tidak boleh dilaksanakan! Apa punya pemimpin la macam ni! Menipu rakyat! "Telan rakyat hidup-hidup"! Cuba bayangkan. Bayangkan jika BN berjanji sakan pada rakyat Kedah. Janji-janji manis seperti RM10,000 hadiah kepada anak Kedah yang berjaya ke Universiti, "parking free" di mana-mana sahaja di dalam Kedah, bantuan beg sekolah dan baju sekolah kepada yang layak, rumah percuma kepada rakyat Kedah yang berpendapatan RM1000 sebulan, air dan elektrik percuma seumur hidup, elaun suri rumah RM500 sebulan, sebuah kereta percuma untuk setiap keluarga di Kedah dan mengerjakan haji secara percuma untuk anak Kedah. Pergggghhh!!! Pastinya BN akan memerintah! Tapi lepas menang PRU, BN terangkan pada rakyat Kedah bahawa tak semua manifesto itu boleh dilaksana. Hanya "bantuan beg dan baju sekolah untuk yang layak" sahaja yang boleh dilaksanakan, yang lain kerajaan negeri tak mampu". Apa rasa rakyat? Apa rakyat akan kata? Penipu! Nampak sangat PAS penipu! Nama saja parti Islam, tapi berbohong pada rakyat Kedah! Lidah bercabang, madah berhelah!

Sumber: Duke of UMNO

MAHFUZ LEBIH LAYAK JADI MB KEDAH



Rakyat KEDAH merasakan Mahfuz lebih layak menjadi MB Kedah berbanding Azizan yang nampak seperti seorang budak yang baru belajar untuk memerintah.

Cara YB Mahfuz menulis dengan tajuk - "Kalau kerajaan kreatif, tahi manusia pun boleh jadi tenaga" membuktikan bahawa beliau mempunyai kreativiti yang tinggi dan perlu di beri peluang untuk membuktikan bahawa beliau dapat manjadi tahi manusia dan tahi binatang menjadi tenaga".

Azizan setelah 2 tahun memerintah .. haram tahi binatang nak jadikan baja pun tak boleh ... Sepatutnya .. DIA perlulah letak jawatan dan tumpukan perhatian kepada kedua ISTERI beliau sahaja ....

Berilah peluang kepada orang lain pula membuktikan kemampuan mereka .. AZIZAN .. hang dah terbukti dok perabih beraih sahaja ..

DUA TAHUN MAKAN GAJI BUTA .... AZIZAN

Masalah sampah tak reti selesaikan ... akhirnya di SWASTAKAN

Masalah Air sehingga hari ini bermasalah ... dah di SWASTAKAN

Masalah MB KEDAH BODOH & DUNGU sehingga hari ni .. Bila nak SWASTAKAN

MAHFUZ nampak lebih pandai dari AZIZAN .... JOM KITA ROMBAK MB KEDAH

Sumber: kedah-lanie

Lakunan strategi "main kasar dan provoke" di Kelab Sultan Sulaiman

Inilah petikan berita dari laman pembangkang yang menggambarkan bagaimnana polis terpaksa masuk campur.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.Ngok ... ada paham tak? Kalau tak ada permit polis, tak boleh buat cermah diluar.

Sebenarnya mereka faham. Semua ini lakunan untuk timbulkan persepsi buruk terhadap polis seolah-olah menganiaya rakyat. Ada siap kata 1,000 berkumpul malam tu. Baca Garamanis sini.

Di twitters, kesemua pemimpin pembangkang cuba menggambarkan polis sebagai kasar dan biadap serta usaha polis itu bertentangan dengan hak mereka untuk berkumpul. Polemik basi.

Pak Sheikh al Liwat siap kata pencabulan hak asasi manusia oleh BN. Ini dah polemik kunyit basi.

Betul ke kejam?

Blog Gelagat Anwar sini pergi ke Stadium Raja Muda di mana budak-budak AMK berkumpul selepas kejadian.

Ketika minum teh tarik di sebelah Stadium Raja Muda, AMK Shah Alam masih gagal menahan gelak kerana Tahir (AMK Hulu Selangor) diarahkan berlakon sebagai cedera teruk dan kritikal. Budak-budak AMK Shah Alam pun kena cota juga, tapi mereka tidak ‘kritikal’. Tahir diarah oleh Sam Ayam untuk berlakon sebagai kritikal. Itu yang budak-budak AMK tak boleh nak terima.Mereka sedang menggunakan strategi baru bernama ‘main kasar dan provoke’ terhadap PDRM untuk gambarkan polis sebagai anjing kerajaan. Istilah ‘anjing kerajaan’ juga yang digunapakai oleh Azmin Ali. Ia akan terus diguna hingga Mar 25hb.

Sunday, March 7, 2010

Pusat tamadun tertua Asia Tenggara ditemui di Sungai Batu, Merbok, Kedah

SUNGAI BATU, MERBOK, 6 Mac – Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui sebuah pusat tamadun yang dilengkapi monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun di sini baru-baru ini.

Misi penyelidikan yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin itu membuktikan adanya kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah yang serba lengkap dengan konsep sosioekonomi dan perdagangan.

Penyelidikan di kawasan seluas 3 kilometer persegi di sebuah ladang sawit di tepi Jalan Lencongan Merbok itu turut meletakkan ia sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, Indonesia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, hasil penemuan itu amat menakjubkan kerana ia berjaya mengubah perspektif sejarah negara dan meletakkan Malaysia sebagai pusat wujudnya tamadun manusia tertua di Asia Tenggara setakat ini.

“Penemuan di kawasan Sungai Batu ini berbeza dengan artifak terdahulu.

“Sebelum ini pakar-pakar arkeologi hanya temui bangunan berciri-ciri candi purba.

”Namun, daripada kajian terbaru ia telah mendedahkan kepada kita bahawa terdapat kawasan tapak dengan batu-bata dan monumen yang berfungsi sebagai pusat penempatan, kilang besi dan dewan keramaian. Tarikh yang disahkan wujudnya kawasan ini ialah pada tahun 110 Masehi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatan kerja ke Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu dekat sini hari ini.

Hadir bersama ialah Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid; Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain dan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din.

Menurut Rais, selain monumen, pakar arkeologi turut menemui satu tulisan berbahasa Sanskrit Palawa pada satu batu bersurat yang berkisar tentang puisi, mantera serta kehidupan masyarakat purba.

“Penemuan monumen dan kawasan purba ini dianggap lengkap dengan adanya tulisan yang memaparkan kisah serta kepercayaan masyarakat lampau,” jelasnya.

Katanya, ekoran penemuan terbaru itu, beliau akan membentangkan laporan lengkap kepada Kabinet dalam tempoh terdekat untuk mewartakan kawasan terbabit sebagai Taman Sejarah Negara.

“Lembah Bujang di Sungai Batu adalah penentuan untuk menjangka tamadun baru yang diketahui wujud lebih lama daripada yang ada di negara jiran sama ada di Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Thailand.

“Harap tiada pihak yang memperkecilkan usaha ini kerana apabila ia diperakukan di seluruh dunia maka Malaysia akan berada pada perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi yang tinggi dan lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak itu di sini, hari Sabtu.

Beliau berkata kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dana bagi menjalankan kajian di tapak arkeologi itu kerana dana sedia ada telah habis.

Kompleks arkeologi seluas tiga kilometer persegi yang berada dalam kawasan ladang kelapa sawit itu mempunyai 97 tapak kajian yang dikatakan menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Contoh "Anwar berbohong, bila dia buka mulut"


Betulkah Azizah enggan undur? Atau Anwar yang mahu gunakan Azizah situ? Jambatan sedang mengensut nak runtuh. Masih pikir diri sendiri.
Apa boleh buat, Azizah enggan undur: Anwar

PETALING JAYA, 2 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini biarlah isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menerajui PKR kerana ia membolehkannya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas lain.

“Azizah tidak mahu serahkan jawatan itu. Apa boleh saya buat? (Ketawa) Lebih senang jika Azizah teruskankannya sebab saya boleh tumpukan perhatian pada perkara lain. (Setakat ini) saya sudah cukup terlibat.

“Saya bertemu dengan biro politik (PKR) setiap minggu walaupun tidak terlibat dengan urusan remeh-temeh,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Wan Azizah sebagai presiden pada penghujung tahun ini.
Ye lah tu Nuar.
Setelah Anwar dibebaskan daripada penjara enam tahun lalu, teka-teki sama ada beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dalam PKR daripada isterinya sentiasa disebut-sebut.

Banyak pihak tertanya-tanya langkah seterusnya, apabila Wan Azizah pada tahun lalu mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding dan memasuki Parlimen, seterusnya dilantik sebagai ketua pembangkang.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar disoal pelbagai perkara berhubung proses peralihan dalam PKR, termasuk pengganti-penggantinya dan kedudukan pemimpin nombor dua dalam parti itu Syed Husin Ali.

Mengulas soal penggantinya, Anwar yang juga ketua pembangkang mahu mahu membiarkan perkara itu ditentukan melalui proses biasa parti, iaitu pemilihan parti.

Justeru, beliau tidak akan menyatakan sokongan mana-mana pihak yang mungkin bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti - antara yang disebut-sebut naib presiden Azmin Ali dan anggota biro politik Datuk Zaid Ibrahim.

“Nasib baik saya bukan (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad). Kamu bercakap tentang peralihan dan pengganti… (Ketawa) Kita ada proses pemilihan dalam parti.

“Jadi biarkan ia tentukannya. Azmin telah lama dan dikenali akar umbi. Zaid pula masuk disambut dengan tangan terbuka.” katanya.
Ngaku sajalah Anwar nak Azmin. Kalau kasi Zaid, anwar akan hilang pengaruh. Zaid tak setuju dengan Anwar dalam banyak hal.

Dalam temubual di pejabatnya di Damansara, Anwar yang tidak lagi berkaca mata selepas membuat rawatan pembedahan laser berkata, beliau percaya PKR sudah cukup matang bagi memilih pemimpin mereka.
Ya ke ... rawatan laser. Bukan imej konsultan yang suruh? Hai ... kuatnya berbohong.
Beliau juga berkata, timbalan presiden Syed Husin Ali - yang telah beberapa kali menyatakan hasratnya berundur - akan kekal di kedudukan nombor dua kerana banyak pihak tidak mahu kehilangannya.

“Saya bukan cuma mengenetepikan (persoalan tentang pengganti). Pada saya, ia bukan masalah. Saya minta pada mereka, bekerjalah dalam satu kumpulan. Mereka patut kerja keras dan turun padang,” katanya.

Sumber: Selangorkini Online, Selasa, 02 Mac 2010