Pages

Tuesday, March 16, 2010

Siapa Menjuarai Pengundi Atas Pagar ?

Lebih ramai pengundi muda dilihat cenderung menjadi pengundi non-partisan (tidak memihak kepada parti) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang. Dianggarkan sejumlah tujuh juta pengundi muda akan mengundi pada PRU13 dan sokongan golongan inilah yang akan menentukan keputusan pilihan raya sama ada memihak kepada BN atau DAP-PKR-PAS yang kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Generasi-generasi muda tidak lagi memegang pada kata-kata atau janji ahli politik, sebaliknya menilai bagaimana sesuatu isu dibangkitkan dan ditangani pihak terbabit.

Mereka ini boleh ubah sokongan dan bertindak-balas bila-bila masa. Kajian yang dilakukan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu 70 peratus daripada mahasiswa/generasi muda tidak meminati politik dengan 10 peratus pro-kerajaan dan 20 peratus bersifat terbuka.

Pemimpin-pemimpin muda perlu diberi lebih tanggungjawab kerana ialah mereka merupakan jambatan kepada pengundi-pengundi muda. Hanya pemimpin muda yang memahami aspirasi golongan muda. Pihak mana yang memberikan lebih ruang kepada pemimpin muda akan mendapat sokongan pengundi muda.

Pengundi muda kini adalah golongan idealis dan "anti-establishment", dan sokongan pengundi muda bergantung kepada faktor demografi dan taraf pendidikan individu terbabit.

Lebih tinggi taraf pendidikan seseorang Pemimpin itu bermakna mereka akan bersikap lebih terbuka dan matang untuk membuat pilihan serta tidak terperangkap dalam pengaruh lingkungan sekitar.

"Ini bermakna politik "warisan", seperti ayah BN maka anak undi BN atau ayah PAS maka anak juga sokong PAS, semakin berkurangan.

Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan media baru menyebabkan golongan itu tidak lagi mengakses maklumat daripada media konvensional tetapi "mencipta" maklumat dan membentuk pandangan tersendiri.

*** Seorang demi seorang Pensyarah membuat analisa dan kajian mengenai PRU ke 13 dan polar sokongan pengundi-pengundi muda. Apakah analisa dan kajian ini tidak tepat atau pemimpin yang sedia ada masih di buai mimpi-mimpi indah ? Apakah tindakan yang diambil untuk menarik perhatian pengundi-pengundi muda ini ? FIKIR-FIKIRKAN LAH !!!

Sumber: KEDAH LANIE

Sunday, March 14, 2010

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyuarakan rasa kecewa dengan pembangunan Kedah yang dianggapnya tiada menampakkan sebarang kemajuan sepanjang tempoh dua tahun ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Katanya beliau melihat Kedah mempunyai potensi yang besar untuk maju, namun apa yang disaksikan sepanjang dua tahun pentadbiran PR amat mengecewakan.

Beliau berkata Langkawi merupakan aset utama negeri yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, tetapi kerajaan Kedah tidak peka dan gagal mengekploitasi potensi pulau lagenda itu.

"Dalam soal ini rakyatlah yang rugi kerana tidak mendapat manfaat. Sebab itu saya menggalakkan anak-anak negeri Kedah supaya pulang dan bangunkan negeri ini bersama," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Matrade bersama usahawan dan pengeksport wilayah utara di sini, hari ini.

Sementara itu Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Barisan Nasional, khasnya Umno tidak pernah menjanjikan perkara-perkara yang diluar kemampuannya sebagaimana yang dilakukan oleh PR untuk memenangi pilihan raya. -BERNAMA

Negeri BERKEBAJIKAN??? -Kerajaan PAS Kedah HALAU Rakyat Dari Rumah


Align CenterKlik Gambar Imej Jelas

hadis riwayat Anas Bin Malik ra,
baginda Nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud : "Para Imam (pemimpin) itu daripada golongan Quraisy. Sesungguhnya mereka itu mempunyai hak ke atas kamu dan kamu pula mempunyai hak ke atas mereka seperti itu juga. Selama mereka berkasih sayang maka berbalaslah kasih sayang, Jika mereka berjanji, mereka memenuhi,Jika mereka memerintah, maka mereka adil. Siapa saja di antara mereka yang tidak berbuat demikian, maka dia akan mendapatkan laknat Allah, laknat para malaikat, dan laknat seluruh manusia."

Tanpa membuat rundingan atau mesyuarah (mesyuarat) berbincang dengan mangsa, kekejaman PAS ini telah memberi amaran untuk mengusir muslimin di khariah Taman Wira Mergong, Kedah dan secara tidak langsung mengurangkan ahli jemaah surau dan masjid di kawasan tersebut, tindakan kerajaan PAS ini bukan menggunakan Akal sebaliknya menurut Hawa Nafsu yang membuak-buak di hati-hati mereka.

Kini Khariah Surau & Masjid di Taman Wira Mergong akan berkurangan maka PUASlah hati Pemimpin-Pemimpin PAS (kononnya "Parti Islam SeMalaysia").
"Kami Memandang Yang TERSIRAT daripada Yang TERSURAT" Adakah anda pon begitu ???..

(Maka tunaikan apa yang telah di janjikan semasa pilihanraya sebelum ini atau kami semua muslimin memohon agar Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa kepada mereka-mereka yang berkenaan)

Sumbangan Ikhlas Padi Jantan.

Ulasan Gomo

Apa lah nak jadi dengan PAS ni? Sudahlah Islam di Nodai dengan bermacam macam kenyataan yang menjerumus ke arah sokongan pada pihak Kafir. Sekarang ini PAS Kedah menghalau pula Rakyat Kedah itu sendiri. Aduh...malang sungguh nasib Rakyat Kedah kerana mempunyai kerajaan Negeri yang tidak Berperikemanusiaan.

Jika sebelum ini malah sehingga ke hari ini PAS Kedah GAGAL dalam menyelesaikan masaalah Air rakyat Kedah, sekarang timbul pula isu HALAU menghalau Rakyat Kedah itu. Apa yang PAS Kedah di bawah pentadbiran mereka ni buat selain dari Halau Rakyat dari rumah sendiri? takkan dok sibuk TEBANG BALAK je?

Dalam surat di atas jelas menampakkan kekejaman PAS Kedah dengan menyatakan tempoh selama 14 hari untuk megosongkan rumah yang diduduki oleh pembeli rumah tersebut. 14 hari untuk menyelesaikan Hutang??? Aduh!!! Kalau ansuran kereta dengan pihak Bank tu lain lah cerita. Ini dengan KERAJAAN Negeri pun di beri tempoh 14 hari untuk mengoosongkan rumah itu.

Apakah tidak ada jalan rundingan bagi menyelesaikan masaalah berkenaan? Jika berhutang dengan pihak Bank sekalipun pasti ada rundingan dan sebagainya dalam menjelaskan Hutang yang di hadapi oleh penghutang itu. ini kan pula kerajaan Negeri Kedah yang dulu masa Pilihhanraya katanya ingin menjaga kebajikan rakyat Kedah.

KEBAJIKAN Apa kejadahnya kalau MENGHALAU RAKYAT DARI RUMAH SENDIRI?

Paling DASYAT apabila dalam surat Kerajaan PAS Kedah tersebut di bawah sekali mengeluarkan Hadis Al Quran dengan menyatakan:

"Sabda Rasullulah S.A.W. yag bermaksud " Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di Kuburnya sehingga hutang tersebut di selesaikan (oleh saudaranya)"

Ya Allah, sampai begini sekali mereka memaksa Rakyat untuk keluar dari rumah yang di beli. Isy isy isy...apa punya KEJAM lah kerajaan PAS Kedah ni. Sehinggakan sanggup mengeluarkan Hadis dalam memaksa pemilik rumah tersebut Keluar dari rumah nya sendiri.

Kalau Kerajaan PAS Kedah nak KUTIP HUTANG tu kutip je lah, tak perlu nak keuarkan Hadis dalam Kekejaman mereka menghalau rakyat Kedah itu. Ini lah yag selalu di keluarkan oleh golongan PAS yang sanggup mengeluarkan Hadis dan sebagainya dalam melakukan kegiataan mereka. Namun bila di sangkal maka mereka akan berdolak dalih dengan hadis dan fatwa yang lain pula.

Di harapkan rakyat sedar akan tindakan yang tidak berhati perut kerajaan PAS Kedah ini. Malah seluruh rakyat Malaysia harus tahu bahawa kita hidup di Dunia ini haya sementara dan tiap yang ada ini hanyalah pinjaman semata mata. Janganlah kita bersikap Riak dan bongkak tampa memperdulikan Rakyat di bawah sana. Tiap masaalah dan kemelut pasti ada jalan penyelesaiianya.

Rakyat perlu di Bela bukan nya Di Tindas!!


Sumber: PAPA GOMO