Pages

Saturday, May 22, 2010

Projek Keluar PR


"Kalau ada ADUN PR yang nak keluar parti, saya akan bubarkan DUN.." begitulah gertakan MB Kedah, Ustaz Azizan. Nampaknya ugutan dia tak menjadi.

Nampaknya ada lagi yang nak keluar PR lepas ni. PAS Alor Setar dah janji nak bagi kejutan pada 28hb ni - nak tarik ramai ahli UMNO keluar masuk ke PAS kononnya.

Sudahlah Ustaz Azizan oii, kalau dah tak mampu tu, usah diugut sana sini nak bubarkan DUN. Kalau nak bubar, buat ajelah.. Tak yah nak cari publisiti murahan untuk spin pemikiran rakyat Kedah. Bak kata pepatah, "Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran"...

Tuesday, May 18, 2010

Isu Setempat Punca BN Kehilangan Kerusi Parlimen Sibu


SIBU, 18 Mei -- Kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kawasan Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu Ahad lepas mungkin sesuatu yang mengejutkan bagi orang luar tetapi bukannya kepada penduduk setempat yang telah membuat keputusan lebih awal dan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan mengundi lawan BN.

Ramai penduduk Sibu tidak berpuas hari dengan pemimpin politik setempat tertentu yang mereka rasa gagal menyelesaikan masalah mereka secara efektif dan tidak mampu menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Mereka jelas tidak gembira dengan keadaan ekonomi yang semakin menyusut di bandar pinggir sungai ini yang merupakan pintu masuk ke daerah pedalaman, sehingga mendorong semakin ramai berhijrah untuk mencari kerja di bandar dan negeri lain.

"Saya tidak faham kenapa kami di Sibu yang mempunyai tanah yang luas tidak mampu membawa masuk pelaburan untuk mewujudkan lebih banyak kerja untuk penduduk. Kami telah kerugian selama ini. Apa yang kami tahu ialah sesetengah rumah ahli politik semakin hari semakin besar," kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali melalui nama keluarganya Wong.

Selain itu, katanya penduduk mahu melihat lebih banyak institusi pendidikan didirikan di Sibu, sama ada kampus cawangan atau institusi penuh kerana ini akan dapat membantu penduduk menjimatkan kos daripada perlu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di tempat lain.

"Kami tidak kisah sama ada kampus cawangan atau kolej dan universiti penuh ditubuhkan di Sibu. Apa yang kami mahu ialah menjimatkan kos dengan tidak perlu menghantar anak kami melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di tempat lain. Jika Miri dan Kuching ada kemudahan itu, kenapa tidak Sibu?," katanya.

Kuching dan Samarahan mempunyai cawangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa kampus universiti dan kolej swasta manakala di Miri terdapat kampus Universiti Curtin.

Juga tidak mengejutkan apabila faktor penentu dalam pilihan raya kecil Sibu ialah undi penduduk di kawasan bandar, dan bukannya undi penduduk di kawasan luar bandar yang sentiasa memihak kepada BN dalam tiga pilihan raya berturut-turut yang lepas.

Pada kali ini, apabila peti undi dari pusat-pusat pengundian di kawasan bandar dibuka, undi diberikan kepada DAP. Apabila pengiraan selesai, undi untuk calon DAP Wong Ho Leng adalah sekali ganda lebih banyak daripada yang diperoleh calon BN Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Kemenangan pakatan pembangkang ternyata lebih manis kepada DAP setelah 28 tahun berlalu dengan yang terakhir ia menang di kerusi itu semasa Ling Sie Ming mengalahkan Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai dari SUPP.

Di sebalik hujan lebat pada malam keputusan itu diumumkan, ribuan penyokong DAP berkumpul di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu di sini untuk meraikan kemenangan calon mereka.

Menurut penganlisis politik kelahiran Sarawak Profesor James Chin, pengundi telah memberikan mesej jelas kepada kepimpinan negeri iaitu mereka mahu melihat perubahan drastik.

Chin berkata faktor lain (punca kekalahan BN) ialah pengundi di kawasan bandar, kebanyakannya Cina, mula menjangkakan lebih banyak lagi daripada SUPP, yang mereka anggap sebagai sebuah parti yang tidak melakukan perubahan dan gagal memenuhi aspirasi pengundi muda.

Ahli akademik Universiti Monash Malaysia itu berkata keputusan pilihan raya kecil itu juga merupakan petunjuk kepada peningkatan kesedaran politik di kalangan pengundi bandar.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata keputusan itu menunjukkan BN tidak berbuat secukupnya untuk memenangi hati dan minda penduduk, khususnya kaum Cina.

"BN perlu menyelami hati sanubari dan kehendak penduduk Sibu, khususnya kaum Cina dan menunjukkan keikhlasannya dalam usaha menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah mereka.

"Hati sanubari dan kehendak amat penting dan BN perlu memberikan tumpuan terhadap aspek ini supaya tindakan boleh diambil untuk membantu rakyat, khususnya penduduk di bandar, bukan dilihat daripada sudut negatif. Memenangi hati dan minda adalah amat penting," katanya semasa dihubungi.

Lebih-lebih lagi ia membabitkan isu setempat seperti pengangguran, mitigasi banjir dan Tanah Adat, yang menjadi kebimbangan utama pengundi di sini, kata Jeniri.

Mungkin apa yang paling diperlukan BN sekarang, sepertimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah perlunya ada semangat baru dan tekad untuk menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya kecil itu, kekuatan BN di kawasan luar bandar kekal utuh kerana penyokong tradisinya masih memberikan sokongan padu. BN juga boleh berasa sedikit lega kerana walaupun kebanyakan pengundi di bandar memilih calon pakatan pembangkang, 32 peratus daripada pengundi Cina masih memilih BN.

Wong memperoleh 18,845 undi untuk menang dengan majoriti 398 undi, mengalahkan Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas Narawi Haron hanya memperoleh 232 undi dan hilang deposit.

Najib, yang berapa kali datang ke Sibu semasa tempoh berkempen, menyatakan antara faktor kekalahan BN ialah pendekatan yang diguna pakai oleh jentera pilihan raya BN, yang menurutnya masih menggunakan cara lama berkempen.

Beliau berkata mereka sepatutnya mereka menggunakan pendekatan lebih kreatif dan agresif dalam menjalankan kempen. - Bernama

Pembubaran DUN - Propoganda PR/PAS?

KEDAH TIMES: Mungkin benar juga jika dikatakan yang ini adalah satu propaganda PR/PAS bagi menyedapkan hati mereka atau sebagai satu 'test' kepada reaksi BN terhadap krisis yang hangat berlaku sekarang - ADUN lompat parti.

Datuk Mukhriz mengatakan yang ini adalah taktik pembangkang untuk mencetuskan pilihanraya lebih awal.

Kita faham akan kedudukan kerajaan PR/PAS Kedah sekarang yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk. Seperti kata MB Azizan disini yang dia akan bubarkan DUN jika seorang ADUN PR lompat parti.

Mungkin ada usaha-usaha mengajak ADUN-ADUN berkaitan untuk menyokong UMNO tetapi ini sebenarnya bukanlah budaya UMNO sepenuhnya. Mungkin dengan niat murni untuk membantu Kedah selari dengan kemajuan di negeri-negeri lain, individu tersebut mengambil usaha tersebut.

Membubarkan DUN juga memerlukan perkenan dari DYMM Sultan Kedah. Bayangkan jika DYMM Tuanku tidak bersetuju dengan pembubaran kerana PRU13 mungkin tidak lama lagi. Adakah UMNO akan bersedia untuk ambil alih kerajaan?

Jika benar ini berlaku, sudah pasti kita akan dengar suara-suara sumbang mengatakan UMNO Zalim perampas, UMNO Penyamun dan sebagainya. Inilah sikap puak-puak PR/PAS. Tanpa mereka sedari yang ini adalah keputusan DYMM. Apakah mereka juga bakal menjadi penderhaka kepada DYMM Kedah seperti yang berlaku di Perak. Allah Maha Mengetahui.

Buat masa ini, UMNO harus menganggap yang ura-ura pembubaran DUN hanyalah taktik PR/PAS yang tiada pilihan jika benar ada ADUN bakal meninggalkan mereka. Kerajaan PR/PAS Kedah sekarang amat goyah. Ini ditambah dengan pelbagai permasalahan yang tidak pernah selesai.

Pembubaran DUN juga adalah perkara terakhir kerajaan PR/PAS Kedah akan lakukan kerana mereka pun masih sayang kepada kuasa yang dipegang dalam masa yang amat pendek ini. Kroni-kroni pun tidak dapat merasa keenakkan berkuasa dan mencar kekayaan.

Diperkatakan juga yang exco-exco PKR bakal dijemput ke Pusat Perhimpunan PAS untuk mendapatkan komitmen mereka supaya terus menyokong kerajaan yang ada sekarang. Ini menampakkan yang MB Azizan amat takut akan kehilangan kuasa. Ura-ura pembubaran DUN hanyalah sandiwara mereka tapi dalam masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk mengepung exco-exco dan ADUN PKR supaya tidak lari.

Beginilah suasana kerajaan yang ditubuhkan atas janji-janji palsu dan bersekongkol dengan DAP parti Kominis dan PKR Islam Liberal. Sehingga PAS sendiri sudah bertukar menjadi parti caca merba. Islam sudah kemana, yang ada hanya PAS 4 ALL.