Pages

Friday, May 28, 2010

PEKERJA ASING

By Dr. Mahathir Mohamad
'
Kita kerap mendengar berkenaan pekerja asing menutup peluang pekerjaan pekerja Malaysia. Saya amat bersetuju pekerja asing tidak dibenarkan masuk negara kita supaya pekerja kita dapat cari makan dengan mengisi tempat-tempat yang dikosongkan oleh pekerja asing.

Memang benar pekerja asing menyebabkan wang Malaysia mengalir keluar. Katanya tiap bulan satu bilion ringgit Malaysia dihantar oleh pekerja asing ke negara mereka. Ini boleh menjejaskan kewangan kita. Kita dapat selamatkan wang ini jika pekerja kita yang mengisi semua jawatan-jawatan dalam negara.

Walaupun saya bersetuju dengan dasar Kerajaan tidak membenar pekerja asing masuk Malaysia lagi, saya telah didekati oleh peniaga dan pengusaha Malaysia dan asing supaya dilonggarkan sedikit dasar ini.

Mereka merayu kerana setelah pekerja asing dihentikan tidak ada pekerja Malaysia yang sanggup bekerja walaupun akan dibayar gaji yang lebih. Syarikat Jepun pula menghadapi masalah kerana pekerja asing ditugas untuk kerja kasar yang tidak memerlukan kecekapan, bergaji rendah dan tidak diminati oleh pekerja Malaysia. Pekerja kita bekerja diperingkat atas untuk memproses hasil kerja pekerja diperingkat bawah.

Apabila tidak ada pekerja peringkat bawah, dan tidak ada pekerja tempatan untuk mengganti mereka, maka kerja-kerja awal tidak dapat dibuat. Dengan itu tidak ada barangan untuk diproses oleh pekerja tingkat atas yang terdiri daripada orang Malaysia. Ini menjejaskan perusahaan Jepun. Kalau sudah tidak ada pekerja dan tidak ada produk maka mereka tentulah terpaksa hentikan perusahaan mereka.

Apabila mereka berbuat demikian pekerja Malaysia juga akan hilang mata pencarian.

Masalah ini melibatkan perniagaan di Langkawi juga. Kedai makan dan kedai bebas cukai sudah tidak ada pekerja. Apatah lagi larangan terhadap jabatan Kerajaan mengadakan kursus di Langkawi menjejas perniagaan hotel tiga bintang bahkan penjual buah di tepi jalan.

Saya percaya rakyat Malaysia tidaklah begitu keras hati sehingga sanggup melihat perniagaan dan pekerja Malaysia mengalami kerugian kerana tidak suka melihat pekerja asing bekerja di sini.

-Che Det

Thursday, May 27, 2010

JANJI-JANJI PAS KEDAH DALAM MANIFESTO PRU12














Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :

1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B. Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM
A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM
A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?

- Sumber: Kedah Times -