Pages

Monday, August 2, 2010

Kedah Diminta Peka Pembelian Tanah Rezab Melayu Di Langkawi

ALOR SETAR, 2 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri diminta agar peka dengan langkah membeli Tanah Rezab Melayu di Pulau Langkawi oleh orang asing.

Mohd Rawi Abdul Hamid
Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) berkata mengikut konsep "Malaysia My 2nd Home" orang asing hanya dibenarkan membeli hartanah siap iaitu rumah dan bukannya tanah.

"Saya ingin tahu kerajaan negeri sedar atau tidak, terdapat 50 keluarga asing telah membeli tanah dan membina rumah banglo di Langkawi," katanya pada sesi soal-jawab di Dewan Undangan Negeri di sini Isnin.

Beliau berkata orang asing tersebut menjalankan perniagaan dengan menjadi banglo mereka sebagai untuk kediaman Homestay.

"Mereka juga membela anjing yang sering dibawa berjalan-jalan di pantai," katanya.

Menjawab soalan itu, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan memastikan nama orang Melayu tidak digunakan oleh orang asing bagi membeli harta di pulau peranginan tersebut.

"Kerajaan sedar ramai orang asing tinggal di Langkawi dan kita kawal supaya tiada tanah yang terlepas. Jika mereka masih hendak jadi `Ali -Baba' sukar bagi kita membanteras masalaah ini," katanya.

Azizan berkata baru-baru ini kerajaan negeri telah menolak permintaan orang asing hendak membeli sebuah pulau di Langkawi.

Monday, May 31, 2010

Senario bila wakil DAP jadi TPM

Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada DAP jika mereka menang pada PRU-13 nanti. Itu janji Anwar. Biasalah Anwar tabur janji kat mana-mana. Bukan takat dengan DAP, dengan Pas, Nik Aziz, waima puak2 dalam IMF dan Bank Dunia pun dia tabur janji. Dengan orang kampung lagilah.

Tapi bila dia janji nak bagi jawatan TPM kepada DAP (yang aku percaya DAP akan calonkan Lim Guan Eng) aku boleh membayangkan senario bahawa tidak lama selepas itu DAP akan menguasai kerajaan Malaysia dengan jalan cukup mudah. Bagaimana?

Kalau pada PRU-13 nanti pembangkang kuasai kerajaan Malaysia, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri, Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebagai TPM. Kemudian pada sidang Parlimen pertama selepas penubuhan kerajaan baru, DAP melalui Karpal Singh akan kemuka usul undi tidak percaya terhadap PM (Anwar). Sebabnya beliau mempunyai cukup bukti perlakuan liwat Anwar.

Anwar mahu tak mahu terpaksa mengaku salah sebab takkan dia nak kata Karpal buat konspirasi nak jatuhkan dia sedangkan Karpal adalah peguambelanya untuk kes liwat terhadap Saiful Bukhari dan juga kes liwat pertama dulu.

Maka Anwar terpaksa undur diri selaku PM dan menyerahkan jawatan kepada kedua-dua TPM yang ada untuk memangku tugas PM. Dan Hadi Awang pula terpaksa mengalah sebab jumlah Ahli Parlimen Pas dalam dewan lebih sedikit berbanding DAP. Ahli Parlimen PKR pula dah tak ramai sebab dah lompat jadi wakil Bebas. Maka masa itu, nak tak hendak Guan Eng dilantik sebagai PM yang baru bagi menggantikan Anwar.

Maka berkuasalah DAP terhadap kerajaan Malaysia dengan cara cukup mudah - menjatuhkan Anwar ketika beliau menjadi PM. Dan pada masa itu orang Melayu baik dalam UMNO, Pas apatah lagi PKR hanya tersengih menayang gigi sebab tak mampu lagi berbuat apa2.

Sepanjang lima tahun menerajui kerajaan Malaysia sehingga PRU akan datang, banyak perkara boleh dilakukan oleh DAP termasuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.

Jadi, sebab itulah DAP menyambut dengan tangan terbuka jika benar Anwar nak lantik wakil mereka menjadi TPM jika memerintah negara ini. Tapi itu cuma angan-angan Anwar saja. Angan-angan Mat Jenin....!!

- Sumber: Mesin Taip Buruk

Sunday, May 30, 2010

Vell Paari mohon maaf

KUALA LUMPUR 28 Mei — Anggota Jawatankuasa Pusat MIC (CWC), S. Vell Paari hari ini memohon maaf atas dakwaan beliau bahawa UMNO mengupah 'pembunuhan politik' dan di belakang Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) untuk menyingkirkan Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai presiden parti itu.

Vell Paari berkata, adalah jelas bahawa UMNO tidak terbabit dalam mana-mana cara dengan pergerakan GAS memandangkan perkembangan yang berlaku, baru-baru ini.

"Dan ramai pemimpin UMNO telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerja dengan V. Mugilan (bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC) dalam sebarang cara pun.

"Dengan itu, saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan UMNO mengenai kenyataan awal saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan ringkas itu, Vell Paari menyifatkan kenyataan kontroversinya yang diutarakan kerana beliau merasakan adalah tugas beliau untuk membela ayahnya, Samy Vellu.

"Malahan, saya juga bertindak kerana Mugilan dan bekas anggota CWC, G. Kumar Aamaan telah mengulangi secara terbuka mengaitkan nama UMNO ke dalam kenyataan dan tindakan mereka baru-baru ini," kata beliau.

Vell Paari telah mendakwa bahawa UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' untuk mengasingkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam temu bual dengan laman web Free Malaysia Today pada Isnin lepas.

"Saya juga telah menjelaskan kedudukan saya kepada Perdana Menteri awal hari ini.

"Maju ke hadapan, saya harap kita boleh melupakan ini semua dan bekerjasama seperti yang kita sering ada dalam keluarga Barisan Nasional," kata beliau. - BERNAMA

Utusan & TV3 dihalang buat liputan Kongres PKR



KOTA BHARU 28 Mei - Akhbar Utusan Malaysia dihalang daripada membuat liputan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di negeri ini selama tiga hari, bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induknya, Abdul Aziz Kadir berkata, wartawan dan jurufoto Utusan Malaysia tidak dibenarkan hadir sepanjang kongres berlangsung atas arahan dari Kuala Lumpur.

Kongres selama tiga hari itu dihadiri oleh 1,500 perwakilan dan kira-kira 1,000 pemerhati dari seluruh negara.

Walaupun sebelum ini, Abdul Aziz menyatakan pihaknya tiada masalah membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan tetapi keputusan itu berubah malam tadi.

Selain Utusan Malaysia, petugas di Dewan Konvensyen Pusat Dagangan Kelantan (KTC), tempat berlangsungnya kongres itu juga menyatakan TV3 Kelantan turut tidak dibenarkan membuat liputan.

-Utusan Online

Azizan kata Nizar gila

Sumber: The Unspinners

Tak patut sungguh Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak. Mentang-mentanglah empat orang ADUN yang disyaki akan melompat, DIPAKSA berikrar taat setia dengannya di hadapan ribuan penyokong PAS, sampai hati dia MENGIBARATKAN Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai ORANG GILA!!!

Puncanya, Azizan mengatakan dia tidak akan membubarkan DUN Kedah kerana kedudukan Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan berbanding Barisan Nasional iaitu 4 kerusi. Malah kata Azizan lagi, meskipun hanya berkelebihan satu kerusi, dia tetap akan mempertahankan pentadbirannya, biarpun sebelum ini BERCAKAP BESAR yang dia akan membubarkan DUN Kedah seandainya seorang sahaja lagi ADUN Pakatan melompat.

"Saya tidak akan bubarkan DUN sehingga ke peringkat tidak mampu lagi bertahan. Hanya ORANG GILA SAHAJA yang hendak bubar. Saya belum gila lagi," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks PAS Kota Sarang Semut dua malam sudah. (Kedah Lanie)

Bagi mengelakkan Barisan Nasional khususnya UMNO mengacau empat ADUN terbabit, Azizan akan membawa mereka makan angin di luar negara!

Untung jadi ADUN PKR dan DAP di Kedah! Terngangalah ADUN-ADUN PAS yang tidak ada nilai sedikit pun, kecuali mencukupkan kuota kuasa Azizan Abdul Razak.

Nizar Jamaluddin masih lagi meroyan dan gagal menerima hakikat bahawa kerajaan DAP yang membonekakannya telah pun pupus di Perak. Kata-kata Azizan Abdul Razak kena sangatlah dengan Nizar Jamaluddin yang masih menuntut Zambry Abdul Kadir yang memiliki kelebihan tiga kerusi di Perak agar membubarkan DUN.

Hanya orang gila sahaja yang akan membubarkan DUN apabila pasukannya memiliki kelebihan, sekalipun satu kerusi!

Kesian Nizar Jamaluddin... Azizan Abdul Razak sebenarnya sedang mengajar boneka DAP itu tentang nilai sebenar seorang ahli politik. Nizar boleh terus melalak di Parlimen... itu pun kalau tak kena bubuh dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang memang cari fasal nak hentam dia la... Ngah Kor Meng dan Ngeh Kor Ham pun tak berani bukak mulut kat Parlimen, Nizar Jamaluddin pun jadi tikuslah! Kat Perak, dia berani ler... kat Parlimen, macam kucing kasi kena jirus air sejuk!

Sekali lagi... kesian Nizar! Azizan sendiri sahkan, Nizar Jamaluddin adalah ORANG GILA!!!

Oleh The Flying Kick

RAKYAT SUDAH BERUBAH,TAPI UMNO MASIH TAK BERUBAH !

Sumber: Gerakan Anti-PKR

Akhirnya telahan kami dalam artikel yang dikeluarkan beberapa hari lepas benar.

pkr mahu dapatkan kembali sokongan melayu yang semakin menolak perjuangan mereka. KLIK SINI.azizah dalam ucapan kongres pkr memberitahu situasi ini cukup kritikal. shamsul kencing dalam seluar juga ada mengeluarkan hujah kerisauan yang sama.

lebih memeranjatkan lagi apabila cadangan presiden pkr, mahu menubuhkan skuad khas untuk mendapatkan semula sokongan melayu.

skuad khas ?
persoalan ?

kenapa mereka perlu tubuh skuad khas untuk mendapatkan semula sokongan melayu ?
tidakkah tindakan ini mencerminkan pkr juga mengakui sentimen rasis penting dalam politik?

kenapa melayu tolak pkr....juga menolak pas ?

agama mereka lacorkan,hak melayu mereka gadaikan,sultan selangor nik ajis biadap,sultan perak nizar dan pas biadap, kalid gereja samad angkuh dengan sultan selangor,zaid ibrahim biadap dengan sultan selangor,anwar hancurkan deb,anwar liberalkan islam,anwar sokong murtad,anwar sokong pemansuhan deb,anwar memainkan politik fitnah,pkr anti melayu,xavier anti islam,elizabeth wong sekular,kalid gagap kata dasar pemerintahan pkr samarata,anwar menangguh kes liwat,anwar meliwat,anwat takut bersumpah,anwar 20 kali tangguh kes liwat....

dan senarai itu berterusan lagi dan lagi.

nah, dulu aku pernah katakan bahawa kita harus santak,lanyak,terjah semaksima mungkin undi melayu dan india ke tahap 85% . ini adalah sasaran.

point menyerang pakatan terlalu banyak. respon pengundi atas pagar dan yang tidak minat politik terhadap kami memberitahu, pas dan pkr bakal mendapat tsunami politik daripada pengundi melayu..mereka tahu siapa yang benar,siapa penipu.

aku bercakap jujur. sayang di saat penolakan besar-besaran pengundi melayu dan india menolak pakatan, pemimpin umno masih tido dan syok sendiri.

politik pemimpin umno masih lagi ortodok dan cukup plastik. umat islam risaukan hak islam dan melayu, tapi sayang sentimen kerisauan umat melayu langsung tidak disambut oleh pemimpin umno.

contoh, cuba kamu perhatikan ketua pemuda umno selangor.suhaimi ghazali. apa yang telah dia buat untuk merampas kembali selangor ? perhubungan umno selangor tidak bergerak ke bawah, tiada langsung kelihatan gerakan-gerakan secara public dilakukan untuk menyerang pakatan.

cukupkah sekadar program juara rakyat ? itu bukan program, itu karnival..karnival..lebih bagus kalau program juara rakyat ini disertakan dengan pertunjukan gajah sarkis,monyet terbang,atau rimau mengaum. ! baru lengkap sesi juara rakyat ini..

pada pengamatan aku,jelas ds najib dan muhyidin telah ditipu oleh tukang kipas di sekelilingnya. baik pemimpin bahagian umno,JASA,NGO think tank umno di selangor pun macam septik tank.....

ds najib telah ditipu. ts muhyidin pun kena tipu. umno selangor macam mati..sori bukan macam, tapi memang mati..

buat program syok sendiri atau sekadar lepak dikalangan pengikut mereka saja.itu bukan program, itu minum minum..nak kuatkan pengaruh dikalangan jawatankuasa bahagian supaya pemilihan bahagian nanti kamu tak hilang jawatan !

rakyat adalah pemerhati politik.mereka menentukan hala tuju politik. islam dan melayu mereka takkan biar ia disundalkan. pemimpin umno adalah player politik. mereka masuk umno pasal nak perjuangkan islam dan melayu.

tapi bila player macam cipan, aku tanya kamu apa pilihan yang ada pada rakyat ?

begitulah halnya yang pernah berlaku tahun 2008. undi yang pakatan dapat adalah undi protes.tapi kepercayaan undi yang telah diberikan oleh mereka dinodai dan dilacurkan oleh anwar,pas,kalid gereja nik ajis,nizar pkr dan pas.

orang melayu dah nak patah balik.india dah nak patah balik. melayu takkan mengampunkan lagi dosa pas dan prk memijak islam dan melayu.

tapi bila melayu toleh kepada umno (selangor)..kelihatan wajah pemimpin yang suram.protes rakyat langsung tak disambut oleh perhubungan negeri,pemuda dan bahagian.

rakyat taknak involve lagi program menganyam ketupat,naik basikal bmx,sesi buat kuih karipap,main bola pakai kain pelekat,rasmikan bola sepak 2 sebelah...ini semua program slapstik..

rakyat nak kamu vokal..lawan dan debat dengan pakatan. maaf cakap, gap cukup suka dengan cara syed al habshi ketua umno cheras..dia serang nik ajis dan anwar tiap hari habis-habisan..tahniah..

konsep ini yang anak muda mahukan.konsep ini yang pengundi atas pagar mahukan. rakyat pernah protes di masjid shah alam kerana membantah isu kalimah ALLAH.siapa ? gang-gang bloger ! tapi suhaimi ketua pemuda takut..

sayang banyak sangat lubok kelemahan pakatan yang umno selangor tak ambik pusing.

aku adakala dah bosan untuk menulis.pasal aku terjah sekadar dalam blog. kami boleh buat lebih daripada itu. kami ada banyak usaha yang boleh dilakukan untuk lanyak pakatan. tapi semua ada batas.sumber terhad. aku menulis blog pun sekadar menyatakan protes terhadap pakatan.mewakili diri sendiri dan puluhan ribu pengundi atas pagar.bukan mewakili suara umno pun.

pkr hari ini mengakui mereka sudah kelemasan dan ketakutan dengan protes menggila pengundi melayu. aku nak tanya pemimpin umno, siapa yang konsisten tiap-tiap hari lanyak pakatan dalam hal islam dan melayu ni ? perhubungan umno negeri atau ketua pemuda atau ketua bahagian ?

perang politik baru adalah perang media. umno langsung tak ambik kisah akan kepentingan ini. RAKYAT SUDAH BERUBAH,TAPI UMNO TAK BERUBAH !

Friday, May 28, 2010

PEKERJA ASING

By Dr. Mahathir Mohamad
'
Kita kerap mendengar berkenaan pekerja asing menutup peluang pekerjaan pekerja Malaysia. Saya amat bersetuju pekerja asing tidak dibenarkan masuk negara kita supaya pekerja kita dapat cari makan dengan mengisi tempat-tempat yang dikosongkan oleh pekerja asing.

Memang benar pekerja asing menyebabkan wang Malaysia mengalir keluar. Katanya tiap bulan satu bilion ringgit Malaysia dihantar oleh pekerja asing ke negara mereka. Ini boleh menjejaskan kewangan kita. Kita dapat selamatkan wang ini jika pekerja kita yang mengisi semua jawatan-jawatan dalam negara.

Walaupun saya bersetuju dengan dasar Kerajaan tidak membenar pekerja asing masuk Malaysia lagi, saya telah didekati oleh peniaga dan pengusaha Malaysia dan asing supaya dilonggarkan sedikit dasar ini.

Mereka merayu kerana setelah pekerja asing dihentikan tidak ada pekerja Malaysia yang sanggup bekerja walaupun akan dibayar gaji yang lebih. Syarikat Jepun pula menghadapi masalah kerana pekerja asing ditugas untuk kerja kasar yang tidak memerlukan kecekapan, bergaji rendah dan tidak diminati oleh pekerja Malaysia. Pekerja kita bekerja diperingkat atas untuk memproses hasil kerja pekerja diperingkat bawah.

Apabila tidak ada pekerja peringkat bawah, dan tidak ada pekerja tempatan untuk mengganti mereka, maka kerja-kerja awal tidak dapat dibuat. Dengan itu tidak ada barangan untuk diproses oleh pekerja tingkat atas yang terdiri daripada orang Malaysia. Ini menjejaskan perusahaan Jepun. Kalau sudah tidak ada pekerja dan tidak ada produk maka mereka tentulah terpaksa hentikan perusahaan mereka.

Apabila mereka berbuat demikian pekerja Malaysia juga akan hilang mata pencarian.

Masalah ini melibatkan perniagaan di Langkawi juga. Kedai makan dan kedai bebas cukai sudah tidak ada pekerja. Apatah lagi larangan terhadap jabatan Kerajaan mengadakan kursus di Langkawi menjejas perniagaan hotel tiga bintang bahkan penjual buah di tepi jalan.

Saya percaya rakyat Malaysia tidaklah begitu keras hati sehingga sanggup melihat perniagaan dan pekerja Malaysia mengalami kerugian kerana tidak suka melihat pekerja asing bekerja di sini.

-Che Det

Thursday, May 27, 2010

JANJI-JANJI PAS KEDAH DALAM MANIFESTO PRU12














Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :

1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B. Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM
A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM
A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?

- Sumber: Kedah Times -

Saturday, May 22, 2010

Projek Keluar PR


"Kalau ada ADUN PR yang nak keluar parti, saya akan bubarkan DUN.." begitulah gertakan MB Kedah, Ustaz Azizan. Nampaknya ugutan dia tak menjadi.

Nampaknya ada lagi yang nak keluar PR lepas ni. PAS Alor Setar dah janji nak bagi kejutan pada 28hb ni - nak tarik ramai ahli UMNO keluar masuk ke PAS kononnya.

Sudahlah Ustaz Azizan oii, kalau dah tak mampu tu, usah diugut sana sini nak bubarkan DUN. Kalau nak bubar, buat ajelah.. Tak yah nak cari publisiti murahan untuk spin pemikiran rakyat Kedah. Bak kata pepatah, "Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran"...

Tuesday, May 18, 2010

Isu Setempat Punca BN Kehilangan Kerusi Parlimen Sibu


SIBU, 18 Mei -- Kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kawasan Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu Ahad lepas mungkin sesuatu yang mengejutkan bagi orang luar tetapi bukannya kepada penduduk setempat yang telah membuat keputusan lebih awal dan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan mengundi lawan BN.

Ramai penduduk Sibu tidak berpuas hari dengan pemimpin politik setempat tertentu yang mereka rasa gagal menyelesaikan masalah mereka secara efektif dan tidak mampu menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Mereka jelas tidak gembira dengan keadaan ekonomi yang semakin menyusut di bandar pinggir sungai ini yang merupakan pintu masuk ke daerah pedalaman, sehingga mendorong semakin ramai berhijrah untuk mencari kerja di bandar dan negeri lain.

"Saya tidak faham kenapa kami di Sibu yang mempunyai tanah yang luas tidak mampu membawa masuk pelaburan untuk mewujudkan lebih banyak kerja untuk penduduk. Kami telah kerugian selama ini. Apa yang kami tahu ialah sesetengah rumah ahli politik semakin hari semakin besar," kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali melalui nama keluarganya Wong.

Selain itu, katanya penduduk mahu melihat lebih banyak institusi pendidikan didirikan di Sibu, sama ada kampus cawangan atau institusi penuh kerana ini akan dapat membantu penduduk menjimatkan kos daripada perlu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di tempat lain.

"Kami tidak kisah sama ada kampus cawangan atau kolej dan universiti penuh ditubuhkan di Sibu. Apa yang kami mahu ialah menjimatkan kos dengan tidak perlu menghantar anak kami melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di tempat lain. Jika Miri dan Kuching ada kemudahan itu, kenapa tidak Sibu?," katanya.

Kuching dan Samarahan mempunyai cawangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa kampus universiti dan kolej swasta manakala di Miri terdapat kampus Universiti Curtin.

Juga tidak mengejutkan apabila faktor penentu dalam pilihan raya kecil Sibu ialah undi penduduk di kawasan bandar, dan bukannya undi penduduk di kawasan luar bandar yang sentiasa memihak kepada BN dalam tiga pilihan raya berturut-turut yang lepas.

Pada kali ini, apabila peti undi dari pusat-pusat pengundian di kawasan bandar dibuka, undi diberikan kepada DAP. Apabila pengiraan selesai, undi untuk calon DAP Wong Ho Leng adalah sekali ganda lebih banyak daripada yang diperoleh calon BN Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Kemenangan pakatan pembangkang ternyata lebih manis kepada DAP setelah 28 tahun berlalu dengan yang terakhir ia menang di kerusi itu semasa Ling Sie Ming mengalahkan Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai dari SUPP.

Di sebalik hujan lebat pada malam keputusan itu diumumkan, ribuan penyokong DAP berkumpul di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu di sini untuk meraikan kemenangan calon mereka.

Menurut penganlisis politik kelahiran Sarawak Profesor James Chin, pengundi telah memberikan mesej jelas kepada kepimpinan negeri iaitu mereka mahu melihat perubahan drastik.

Chin berkata faktor lain (punca kekalahan BN) ialah pengundi di kawasan bandar, kebanyakannya Cina, mula menjangkakan lebih banyak lagi daripada SUPP, yang mereka anggap sebagai sebuah parti yang tidak melakukan perubahan dan gagal memenuhi aspirasi pengundi muda.

Ahli akademik Universiti Monash Malaysia itu berkata keputusan pilihan raya kecil itu juga merupakan petunjuk kepada peningkatan kesedaran politik di kalangan pengundi bandar.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata keputusan itu menunjukkan BN tidak berbuat secukupnya untuk memenangi hati dan minda penduduk, khususnya kaum Cina.

"BN perlu menyelami hati sanubari dan kehendak penduduk Sibu, khususnya kaum Cina dan menunjukkan keikhlasannya dalam usaha menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah mereka.

"Hati sanubari dan kehendak amat penting dan BN perlu memberikan tumpuan terhadap aspek ini supaya tindakan boleh diambil untuk membantu rakyat, khususnya penduduk di bandar, bukan dilihat daripada sudut negatif. Memenangi hati dan minda adalah amat penting," katanya semasa dihubungi.

Lebih-lebih lagi ia membabitkan isu setempat seperti pengangguran, mitigasi banjir dan Tanah Adat, yang menjadi kebimbangan utama pengundi di sini, kata Jeniri.

Mungkin apa yang paling diperlukan BN sekarang, sepertimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah perlunya ada semangat baru dan tekad untuk menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya kecil itu, kekuatan BN di kawasan luar bandar kekal utuh kerana penyokong tradisinya masih memberikan sokongan padu. BN juga boleh berasa sedikit lega kerana walaupun kebanyakan pengundi di bandar memilih calon pakatan pembangkang, 32 peratus daripada pengundi Cina masih memilih BN.

Wong memperoleh 18,845 undi untuk menang dengan majoriti 398 undi, mengalahkan Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas Narawi Haron hanya memperoleh 232 undi dan hilang deposit.

Najib, yang berapa kali datang ke Sibu semasa tempoh berkempen, menyatakan antara faktor kekalahan BN ialah pendekatan yang diguna pakai oleh jentera pilihan raya BN, yang menurutnya masih menggunakan cara lama berkempen.

Beliau berkata mereka sepatutnya mereka menggunakan pendekatan lebih kreatif dan agresif dalam menjalankan kempen. - Bernama

Pembubaran DUN - Propoganda PR/PAS?

KEDAH TIMES: Mungkin benar juga jika dikatakan yang ini adalah satu propaganda PR/PAS bagi menyedapkan hati mereka atau sebagai satu 'test' kepada reaksi BN terhadap krisis yang hangat berlaku sekarang - ADUN lompat parti.

Datuk Mukhriz mengatakan yang ini adalah taktik pembangkang untuk mencetuskan pilihanraya lebih awal.

Kita faham akan kedudukan kerajaan PR/PAS Kedah sekarang yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk. Seperti kata MB Azizan disini yang dia akan bubarkan DUN jika seorang ADUN PR lompat parti.

Mungkin ada usaha-usaha mengajak ADUN-ADUN berkaitan untuk menyokong UMNO tetapi ini sebenarnya bukanlah budaya UMNO sepenuhnya. Mungkin dengan niat murni untuk membantu Kedah selari dengan kemajuan di negeri-negeri lain, individu tersebut mengambil usaha tersebut.

Membubarkan DUN juga memerlukan perkenan dari DYMM Sultan Kedah. Bayangkan jika DYMM Tuanku tidak bersetuju dengan pembubaran kerana PRU13 mungkin tidak lama lagi. Adakah UMNO akan bersedia untuk ambil alih kerajaan?

Jika benar ini berlaku, sudah pasti kita akan dengar suara-suara sumbang mengatakan UMNO Zalim perampas, UMNO Penyamun dan sebagainya. Inilah sikap puak-puak PR/PAS. Tanpa mereka sedari yang ini adalah keputusan DYMM. Apakah mereka juga bakal menjadi penderhaka kepada DYMM Kedah seperti yang berlaku di Perak. Allah Maha Mengetahui.

Buat masa ini, UMNO harus menganggap yang ura-ura pembubaran DUN hanyalah taktik PR/PAS yang tiada pilihan jika benar ada ADUN bakal meninggalkan mereka. Kerajaan PR/PAS Kedah sekarang amat goyah. Ini ditambah dengan pelbagai permasalahan yang tidak pernah selesai.

Pembubaran DUN juga adalah perkara terakhir kerajaan PR/PAS Kedah akan lakukan kerana mereka pun masih sayang kepada kuasa yang dipegang dalam masa yang amat pendek ini. Kroni-kroni pun tidak dapat merasa keenakkan berkuasa dan mencar kekayaan.

Diperkatakan juga yang exco-exco PKR bakal dijemput ke Pusat Perhimpunan PAS untuk mendapatkan komitmen mereka supaya terus menyokong kerajaan yang ada sekarang. Ini menampakkan yang MB Azizan amat takut akan kehilangan kuasa. Ura-ura pembubaran DUN hanyalah sandiwara mereka tapi dalam masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk mengepung exco-exco dan ADUN PKR supaya tidak lari.

Beginilah suasana kerajaan yang ditubuhkan atas janji-janji palsu dan bersekongkol dengan DAP parti Kominis dan PKR Islam Liberal. Sehingga PAS sendiri sudah bertukar menjadi parti caca merba. Islam sudah kemana, yang ada hanya PAS 4 ALL.

Wednesday, May 12, 2010

DUN KEDAH: SIAPA LAGI NAK LOMPAT PARTI?



Alahai MB Azizan... Bila lagi nak bubarkan DUN Kedah? Angkat bendera putih ajelah. Toksah dok ketegaq menegakkan benang yang basah lagi. Dah terbukti tak boleh mentadbir negeri dengan sempurna.

Selepas ni siapa lagi nak tinggallkan PR?
Menurut spekulasi semasa, calon-calonnya adalah:


N35 KULIM: LIM SOO NEE (PKR)


N25 BUKIT SELAMBAU: S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)


N29 SIDAM: TAN SHOW KANG (PKR)


N13 KOTA DARUL AMAN: LEE GUAN AIK (DAP)

Kerajaan PR Kedah perlu sedar betapa rapuhnya pemerintahan depa la ni. Isu-isu seperti Kulim Hi-Tech, ayaq, rumah rakyat, sampah, balak dan berbagai lagi yang semuanya masih berstatus "pending". Tak boleh-boleh lagi nak settelkan..

Kerajaan Kedah la ni diterajui PAS dengan 16 Kerusi dan disokong oleh 3 PKR dan 1 DAP. Kuasa pemerintahan PAS Kedah cukup-cukup berharap pada 1 kerusi DAP dan 2 lagi dari PKR.

Kalaulah 2 ADUN PKR lompat keluar menjadi Bebas, maka secara otomatik PAS akan hilang majoriti di DUN. Dan jika dalam masa yang sama semua ADUN Bebas mengumumkan menyokong UMNO, maka UMNO (BN) secara sahnya bolehlah berjumpa DYMM Sultan untuk membentuk kerajaan.
Sudahlah, bubar ajerlah DUN Kedah, Azizan oiii... sebelum kamu akan dibubarkan...

Tuesday, May 11, 2010

Ahli PAS Alor Setar keluar parti

















61 ahli Pas Bahagian Alor Setar keluar parti, sertai UMNO


ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas. – Utusan


Pakatan Kedah goyah, ahli PAS pula keluar parti

Pada bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ia benar-benar berlaku. - Malaysia Kini


Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti

Apr 19, 10 3:28pm

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini. Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti. Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas. Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi. Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu. Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut. - Bernama


Lepas ni, akan keluar statement dari PAS yang menafikan berita ini. Macam biasalah, siapa tak kenal MB Kedah. "Saya tak tau, tak tau..." Kononnya rakyat dah tak sokong depa lagi. UMNO keluarkan berita tipu. Orang yang dinyatakan oleh UMNO tu bukan ahli PAS pun, tapi diupah UMNO supaya buat pengakuan sebagai ahli PAS yang keluar parti.

Depa dah tak boleh terima yang pemimpin PAS yang sedang menjawat jawatan la ni sudah tidak memperdulikan penyokong sendiri. Dah terbukti yang pemimpin PAS Kedah sememangnya tak reti buat keja...

Tuesday, May 4, 2010

ISU PENULIS BLOG: NIK AZIZ TERUS BERDIAM...


Kenapa Nik Ajis masih berdiam diri? Adakah benar beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat? Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz turut mendedahkan nama individu-individu yang memberi peruntukan RM4 juta itu yang turut merangkumi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

''Jika Nik Abdul Aziz masih berdiam diri bermakna beliau sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan tertanya-tanya dan terpaksa membuat andaian sendiri yang tidak pasti kebenarannya,'' jelas Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Salleh Buang.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, adalah tidak wajar jika Nik Abdul Aziz terus mengambil sikap mendiamkan diri dalam isu yang didakwa oleh Syed Azidi itu.

''Sikap itu menunjukkan beliau seperti ingin lari dari tanggungjawab sedangkan rakyat hendak tahu perkara sebenarnya yang berlaku.

''Ini juga seolah-olah menunjukkan bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh Nik Abdul Aziz,'' ujarnya.

Nampaknya, susah untuk PR menafikan dakwaan Syed Azidi. Pendedahan oleh beliau yang lima pembiaya utama firma Global Media Channel (GMC) yang dikendalinya sebelum ini bagi tujuan operasi gerak saraf melemahkan kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan Pas di Kelantan.

Syed Azidi berkata, beliau tampil menyenaraikan nama pembiaya itu sebagai bukti dan sokongan kepada dakwaan yang dibuat menerusi blognya baru-baru ini adalah benar.
Mereka yang disenaraikan sebagai pembiaya GMC itu terdiri daripada pemimpin kanan Pas Kelantan, ahli majlis, pengarang kanan sebuah akhbar pembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan dan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan yang membabitkan kos RM4 juta sepanjang tiga tahun.

Berdasarkan senarai itu, ahli majlis terbabit kelihatan menjadi penyumbang terbesar kepada GMC sebanyak RM2.66 juta kerana turut membiayai pembelian bangunan empat tingkat bagi menempatkan operasi GMC di Jalan Kota Darul Naim di sini.

Bangunan terbabit dibeli pada kos RM1.2 juta antara Mei hingga Julai 2007, atas nama sebuah yayasan itu, menempatkan sebuah studio kedap bunyi, pusat operasi media dan teknologi maklumat serta ruang pejabat.
Syed Azidi mendakwa, bangunan berkenaan dibeli menerusi urus niaga terus antara ahli majlis terbabit dengan pemilik asalnya selepas lokasi itu dipilih beliau.

“Beliau juga membayar hutang pilihan raya yang ditanggung GMC kepada pencetak sebuah akhbar berjumlah RM1.2 juta antara Mac hingga Mei 2008, selain menyerahkan tunai RM260,000 pada September dan November 2008 untuk operasi bulanan GMC dan operasi TV parti itu yang diuruskan di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, pengarang kanan sebuah akhbar juga membuatkan pembayaran secara berperingkat dengan tunai dan cek berjumlah RM350,000 bagi membiayai pembelian peralatan penggambaran untuk kegunaan operasi GMC antara Jun hingga Ogos 2007.

Katanya, pemimpin kanan kerajaan negeri juga menyerahkan tunai RM40,000 untuk kegunaan GMC antara Jun hingga Julai 2007 di tempat letak kereta hadapan pintu masuk kenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

“Seorang bekas Adun Pas melalui syarikatnya pula menyumbang RM1.28 juta secara tunai secara berperingkat bagi membiayai pengubahsuaian dan belian perabot, peralatan ICT serta biaya operasi untuk GMC antara Mei 2007 hingga Januari 2009,” katanya.

Seorang pemimpin pemuda Pas pula menyerahkan bayaran secara tunai kepadanya di pejabat sebuah akademi pembangunan keluarga di Kota Bharu.

Keadaan menjadi payah untuk PAS menafikan kenyataan ini. Nampaknya segala dakwaan Syed Azidi merupakan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Thursday, April 29, 2010

Kes Berkaitan Kuasa Sultan: MB Kedah Diam Lagi

PAS dan MB Azizan amatlah sinonim dengan sikap mendiamkan diri apabila sesuatu kes/isu menjadi hangat dan perlu penjelasan dari mereka.

Dulu kes pengurusan air yang mana MB hanya mendiamkan diri saja.

Sekarang selepas beliau mengatakan yang beliau tidak mengetahui akan kedua-dua soalan tersebut dibawa ke DUN, hanya berdiam diri. Tiada penjelasan dan permohonan maaf oleh ADUN berkaitan.

Agak janggal seorang MB tidak mengetahui tentang soalan-soalan yang bakal dikemukakan di DUN.

Soalan-soalan ADUN Kbg Rotan tersebut adalah ditujukan kepada pemerintah dan pemerintah iaitu PAS mestilah menjawab. Dan sudah tentu soalan yang telah diluluskan oleh Speaker itu diberikan terlebih dahulu kepada MB atau Wakil untuk mendapatkan fakta-fakta bagi menjawab di dalam DUN.

Adakah benar MB tidak tahu yang soalan itu dibenarkan oleh Speaker untuk di kemukakan dalam DUN atau memang ini adalah konspirasi mereka untuk mengenakan kerajaan persekutuan dan DUN BN?

Seperti kata Dato' Mukhriz, yang bentuk atau cara perbuatan yang melibatkan ADUN Kbg Rotan, Speaker dan MB seolah-olah macam ada satu perancangan disebaliknya.

Kita tidak tahu apa perancangan itu. Apakah bertujuan melaga-lagakan Kerajaan Persekutuan dan DYMM Sultan? Atau sudah ada rancangan untuk PAS mengambilalih pengurusan masjid yang mana sekarang ini dibawah DYMM Sultan. Dan mereka menjangkakan masjid lah tempat paling sesuai untuk menjalankan misi propaganda PAS 4 All mereka.


Kita tidak hairan jika sudah ada AJK masjid bertumbuk sesama sendiri kerana ingin membawa penceramah kesukaan mereka. Ini berlaku disebuah masjid dimana dalam mensyuarat JK Masjid diputuskan bahawa penceramah yang dicadangkan tidak sesuai untu berceramah di Masjid tersebut kerana kecondongan beliau memasukkan agenda politik kepartian mereka dalam setiap ceramahnya.

Dek kerana masih ingin bawa penceramah tersebut, AJK yang memangnya orang kuat PAS telah membawa isu tersebut ke pihak atasan. Akibat perbuatan tersebut melawan keputusan JK, maka timbullah ketidakpuasan dikalangan AJK lain yang dan berlakukan pergaduhan yang agak dahsyat.

Inilah gara-gara kerana cuba nak menjerumuskan masjid ke arah politik kepartian mereka.

Dan kita tidak hairan jika PAS dan MB Azizan hanya akan mendiamkan diri dari menjawab atau menyelesaikan isu-isu berkaitan.

Inilah kerajaan tidak tahu. Kerajaan yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.

Sumber: Kedah Times

PAS BIAYA BLOGGERS UNTUK JATUHKAN BN


Pendedahan Kickdafella bahawa dia dibayar RM 4 juta bagi tempoh 3 tahun untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mengejutkan ramai.

Pertama: bertentangan dengan andaian popular bahawa blogger Pas tidak dibayar, rupanya blogger Pas dibayar. Bukan saja dia dibayar, malah dibayar begitu tinggi.

Kedua: dia dibayar untuk mewujudkan persepsi buruk, iaitu suatu tujuan jahat.

Ketiga: banyak juga sumber Pas yang tidak diketahui halal dan haramnya. Kita yakin sumber untuk membayar Kickdafella tidak datang dari wang sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah Pas. Mungkinkah datang dari duit balak atau sumber yang sama yang menaja biaya mengerjakan haji untuk Nik Aziz Nik Mat dan keluarganya?

Saya yakin Kickdafella tidak berbohong. Jika kita turun ke bawah pun, kita dapat melihat peralatan yang digunakan oleh blogger Pas dan PKR seperti kamera, kamera video dan komputer riba lebih canggih dan mahal berbanding blogger UMNO.

Berbanding blogger Pas, saya mengenali ramai blogger UMNO dan pro-UMNO yang bekerja tanpa peralatan yang cukup dan menggunakan apa saja yang mereka ada, termasuk hanya telefon bimbit untuk merakam berita.

Mungkinkah jika blogger UMNO dan pro-UMNO dibayar sedemikian rupa, tugas mereka akan menjadi lebih berkesan?

Berita mengenai pendedahan Kickdafella boleh dibaca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

'Saya terima RM4 juta'

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf."

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Kenyataan penuh Kickdafella boleh dibaca di blog beliau http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/28/saya-yakin-nik-aziz-akan-kena-dakwa-jawapan-kepada-su-akhbar-mb-kelantan-dan-tulang-besi/

Sumber: tun faisal dot com

Tuesday, April 27, 2010

KEMENANGAN 1 MALAYSIA DI HULU SELANGOR

Dengan pegangan Melayu yang masih teguh, masyarakat India berpindah kembali membantu dan pada akhirnya mengembalikan pemerintahan BN.

Di PRK Hulu Selangor kemenangan adalah penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional. Sekalung tahniah! Melihat senario di pelbagai ceramah BN dan PKR, jelas terbukti yang semangat dari para penggiat pembangkang yang sudah menghadapi kesulitan.

Yang paling penting, saya merasakan masyarakat India telah mengalami perubahan hati. Pada tahun 2008, dengan kemusnahan rumah kuil dan Hindraf mendominasi berita utama blog-blog, kekecewaan dan kemarahan yang jelas ternyata. Namun, kemarahan mereka kembali reda dan kembali menyokong BN.

Saya merasakan perubahan ini terutamanya ketika bertemu dengan beberapa penyokong MIC di Batang Kali. Pertama, saya terkejut oleh cara khemah MIC yang berani berkampung berhampiran dengan tempat berkumpul utama PR di Batang Kali. Meskipun beratus-ratus penyokong PAS berjalan dengan pelbagai provokasi, mereka tetap bertahan demi kepercayaan kepada BN. Dua atau tiga tahun lalu, mereka akan terlalu marah (bahkan malu) untuk berhubungan dengan MIC.

Kemudian, ketika saya duduk dan berbual dengan golongan "atas-pagar" sudah jelas menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menerima kata-kata DS Najib pada nilai nominal, terutamanya konsep 1 Malaysia. Ringkasnya, mereka yakin pada kepimpinannya.

Selain itu, mereka melihat pemilihan P. Kamalanathan sebagai ujian utama dari komitmen mereka sendiri untuk DS Najib. Mereka juga merasa bahawa mereka harus memenangkan calon MIC dalam rangka untuk memastikan kehadiran pendirian pro-India di parlimen. Jika trend ini berulang di seluruh negeri, kemenangan PR tahun 2008 akan sukar untuk diulang kembali.

Saya masih ingat wawancara perdana pada 2008. Pada saat itu mereka membincangkan alienasi masyarakat India. DS Najib tahu bahkan saat ia harus mengajak mereka kembali dan dia telah mengutamakan suara mereka sejak itu.

Namun, BN masih belum mendabik dada sepenuhnya. Sokongan India baru-baru ini dalam tompok kuasa tidak akan bererti apa-apa jika masalah-masalah kepimpinan dalaman dalam MIC tidak diselesaikan segera. Gagal menyelesaikannya bererti mereka akan kembali ke PR.

Pada masa yang sama, pihak komponen BN adalah bayangan belaka. Masyarakat Cina merasa tidak selesa dan tidak memberi kerjasama. Boleh dikatakan masyarakat Cina di Hulu Selangor utuh memilih PKR, tanda bahawa BN harus bekerja lebih keras dan lebih cerdas.

PR telah mengalami mimpi buruk sejak kebelakangan ini. Isu lompat-parti telah mengurangkan sokongan terhadap perikatan pembangkang secara drastik. Tumpuan Anwar Ibrahim pada Apco telah gagal untuk mengaburi rakyat. Rakyat perlukan sesuatu yang lebih realistik dan nyata.

Datuk Zaid Ibrahim? Ya, dia bertempur melawan kembali dan hilang. Dia sepatutnya lebih tekun dalam berkempen. PR memerlukan dia. Selain itu, dia perlu membina hubungan erat dengan PAS pada khususnya. Nampaknya seolah-olah Zaid hanya memiliki sokongan yang memenuhi syarat.

Semuanya berinformasi, menjadi lebih menarik dalam pilihanraya kecil ini. Saya telah mengikutinya di Facebook, Twitter dan blog serta turun padang melalui ceramah biasa. Kedua-dua pengalaman yang unik dan bermaklumat.

Ramai orang menyatakan bahawa Facebook, Twitter & blog adalah tidak relevan dari kenyataan. Setidaknya ianya adalah satu cara mendapatkan maklumat secara real-time di sana.

Hanya sekadar berspekulasi tentang bagaimana teknologi masa kini dapat mempengaruhi pilihanraya berikutnya, selepas ini kita lihat pula di Sibu. Maklumat yang lebih menarik dapat didapati melalui sumber-sumber ini.

Saturday, April 24, 2010

Bubarkan DUN Kedah

MB Kedah, DS Azizan Abdul Razak dah rasa bahang akan hilang kuasa PAS di Kedah. Rujuk kepada http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/azizan-sedia-bubar-dun.html , beliau dah sememangnya resah gelisah dan serba salah... Nak bubar ka atau tidak? Itulah persoalan yang bermain di fikiran MB la ni.

Kedudukan la ni camni = daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri manakala Bebas dua ADUN. Barisan Nasional (BN) pula dok ada 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang dok ada dalam kes mahkamah.

Apa yang MB tunggu lagi? Bubar ajalah.. Berdosa kalau setakat nak pegang jawatan tapi tak buat apa2 utk melaksanakan amanat rakyat. Sorang demi sorang dah tinggalkan PKR. ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu dah tinggalkan PKR. Yang lain2, Tan Show Kang, Lim Soo Nee & Manikumar dah tak percaya lagi kat PKR. DAP tolak mentah2 pimpinan PAS, PKR dah rapuh.. tinggal PAS kesorangan. Pakatan Rakyat dah lumpuh di Kedah. Kenalah terima kenyataan ini, walau pahit untuk ditelan...

Ustaz Azizan, bubar ajalah...

Mini Vegas di Sg Petani?

Kita paparkan supaya pembaca dapat fikir-fikirkan terutama yang masih menyokong Kerajaan Takut DAP Kedah sekarang. Fikirlah dan kalau tak percaya pergi lawat sendiri tempat tersebut.

1. Ini kisah benar dan bukan rekaan penulis, kisah ini berkenaan sebuah Kelab yang tertua didalam negeri Kedah dan Malaysia. Nama kelab ini ialah KELAB SUNGAI PETANI (KSP), kelab ini ditubuhkan pada tahun 1922 dan kini berusia 88 tahun. KSP terletak ditengah-tengah bandar Sungai Petani, dikelilingi oleh TIGA BUAH MASJID iaitu Masjid Abdul Rahman, Masjid Penghulu Him dan Masjid Sultan Mudzaffar Shah. Ianya terletak diatas tanah HAK MILIK Kerajaan Negeri Kedah dan keluasan tanah tersebut ialah hampir 70 ekar. Kemudahan yang terdapat di Kelab tersebut ialah Padang Golf 9 lubang, sebuah kolam renang, 4 gelanggang tenis dan sebuah bangunan rumah kelab yang dimiliki oleh JKR.

2. Didalam bangunan rumah Kelab terdapat sebuah BILIK JUDI yang tercanggih, sebuah BAR dan sebuah KARAOKE. Sejarah kelab ini semasa zaman British dahulu ialah untuk kegunaan kakitangan Kerajaan tetapi sejak beberapa tahun yang lepas Kelab ini telah diurus tadbir oleh kaum-kaum Cina dan India dan menjadikannya sebagai sebuah kelab ELIT dan eksklusif untuk Penagih arak tegar serta tahi-tahi judi. Jumlah keahlian kelab ialah hampir 2,000 orang dan pechahan mengikut kaum ialah CINA 60% ,INDIA 30% dan MELAYU 10%.

3. KSP mendapat hasil dari dua sumber iaitu dari yuran keahlian dan sumbangan wang dari mesin judi; mesin judi memberi sumbangan yang cukup besar kepada kelab dan kini wang terkumpul hasil judi didalam simpanan tetap mencechah RM 8 JUTA. Dari segi kedudukan kewangan KSP merupakan sebuah kelab yang terkaya didalam negeri Kedah.

4. Pada tahun 2005 KSP telah mencadangkan membangunkan sebuah bagunan kelab baru ditapak yang sama dengan nilai RM 3.8 juta, cadangan pembinaan bangunan ini melalui cara pintu belakang yang diragui dan ini membuatkan Majlis Perbandaran Sungai Petani mengeluarkan arahan berhenti kerja (stop work order).

5. Pada 27 September 2006, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) telah memutuskan untuk menyimpan tanah tersebut bagi tujuan kegunaan am iaitu TAPAK PADANG AWAM. Surat resmi Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 04 Februari 2008 telah dihantar kepada Pihak Pengurusan KSP dan mengarahkan KSP mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 30 hari. Lihat surat.

6. Apabila Kerajaan BN tewas didalam PRU 12 dan tidak sempat mengambil alih tanah serta pengurusan KSP, EXCO PAS dan beberapa orang Ahli Majlis PR telah datang untuk membuat lawatan ke KSP, alangkah terkejutnya pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli kelab bekas pegawai kerajaan bila mendengar Pemimpin PR yang diterajui oleh PAS memberi kebenaran kepada Pengurusan KSP untuk meneruskan semua aktiviti JUDI , MINUM ARAK dan KARAOKE tanpa had dan sekatan.

7. Cuba bayangkan apabila PAS menuduh Kerajaan BN sebagai Kerajaan SEKULAR dan tidak ISLAMIK tetapi apabila BN cuba menegakkan syiar Islam, PAS bertindak sebaliknya dengan tidak berani menghapuskan ARAK dan JUDI yang sedang bermaharajalela di tengah-tengah Bandar Sungai Petani. Dan yang paling sedih PAS mengizinkan perkara-perkara maksiat dilakukan disekitar kawasan MESJID.

8. Kesimpulannya, demi kuasa dan undi kaum kafir, PAS sanggup buangkan agama Islam.