Pages

Sunday, March 21, 2010

Ayag Kedah: APA DAH JADI? Sejahterakah Kedah?

PERTAMA :: Kedah negeri yang mempunyai 4 buah empangan, Pedu, Ahning, Muda dan Beris. Malangnya penduduk yang tinggal berhampiran empangan seperti di daerah Padang Terap dan Sik seringkali menghadapi ganguan bekalan air.

KEDUA :: Negeri jiran Pulau Pinang yang beroleh bekalan air mentah dari Kedah begitu kaya dengan air, rakyatnya boleh dikatakan membazir air, malangnya rakyat negeri Kedah terus ketandusan bekalan air. Ibarat “kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

KETIGA :: Kualiti bekalan air di Kedah dalam beberapa bulan kebelakangan ini cukup rendah, sama ada air yang disalur tidak cukup jernih, selain disesetengah kawasan apabila paip dibuka, hanya angin yang keluar.

KEEMPAT :: Akibat sering terjejasnya bekalan air, banyak industri di Kulim High Tech Park terjejas, mengalami kerugian operasi sehingga mencecah anggaran RM53 juta. Natijahnya tindakan saman ke atas kerajaan negeri bakal dilakukan dan sekiranya ini berlaku sudah tentu banyak wang rakyat akan dibazirkan bagi membayar tuntutan saman pihak industri berkenaan.

KELIMA :: Jangkaan hasil SADA adalah pada sekitar RM180 juta, apakah keuntungan besar ini tidak mampu disalurkan untuk mengurangkan bil bayaran air yang kini melambung tinggi walhal dalam masa yang sama kualiti air tidak sepertimana yang diharapkan.

KEENAM :: Ganguan bekalan air secara konsisten juga turut berlaku di kampus induk UUM yang mempunyai penghuni melebihi 30 ribu orang. Ini menjejaskan kehidupan warga akademik, mahasiswa yang bermatlamat menuntut ilmu demi kemajuan negara di masa hadapan. Jika perkara ini berlarutan bukankah persekitaran kondusif mereka bakal terjejas?

KETUJUH :: Bekalan air yang sekejap ada, sekejap tiada, selain masalah catuan akan menganggu gugat kesejahteraan rakyat. Ini memandangkan air adalah sumber asas untuk tujuan minuman, kebersihan, berwuduk, mandi jenazah, mandi junub dan pelbagai lagi aktiviti kehidupan yang ada kaitan secara langsung dengan ibadah umat Islam.

Sumber : FB - Mendesak KERAJAAN NEGERI KEDAH selesai ISU AIR

Air ni keperluan utama rakyat. Jangan rakyat dijadikan mangsa akibat dek pengurusan yang LEMAH!!

No comments:

Post a Comment