Pages

Tuesday, May 18, 2010

Pembubaran DUN - Propoganda PR/PAS?

KEDAH TIMES: Mungkin benar juga jika dikatakan yang ini adalah satu propaganda PR/PAS bagi menyedapkan hati mereka atau sebagai satu 'test' kepada reaksi BN terhadap krisis yang hangat berlaku sekarang - ADUN lompat parti.

Datuk Mukhriz mengatakan yang ini adalah taktik pembangkang untuk mencetuskan pilihanraya lebih awal.

Kita faham akan kedudukan kerajaan PR/PAS Kedah sekarang yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk. Seperti kata MB Azizan disini yang dia akan bubarkan DUN jika seorang ADUN PR lompat parti.

Mungkin ada usaha-usaha mengajak ADUN-ADUN berkaitan untuk menyokong UMNO tetapi ini sebenarnya bukanlah budaya UMNO sepenuhnya. Mungkin dengan niat murni untuk membantu Kedah selari dengan kemajuan di negeri-negeri lain, individu tersebut mengambil usaha tersebut.

Membubarkan DUN juga memerlukan perkenan dari DYMM Sultan Kedah. Bayangkan jika DYMM Tuanku tidak bersetuju dengan pembubaran kerana PRU13 mungkin tidak lama lagi. Adakah UMNO akan bersedia untuk ambil alih kerajaan?

Jika benar ini berlaku, sudah pasti kita akan dengar suara-suara sumbang mengatakan UMNO Zalim perampas, UMNO Penyamun dan sebagainya. Inilah sikap puak-puak PR/PAS. Tanpa mereka sedari yang ini adalah keputusan DYMM. Apakah mereka juga bakal menjadi penderhaka kepada DYMM Kedah seperti yang berlaku di Perak. Allah Maha Mengetahui.

Buat masa ini, UMNO harus menganggap yang ura-ura pembubaran DUN hanyalah taktik PR/PAS yang tiada pilihan jika benar ada ADUN bakal meninggalkan mereka. Kerajaan PR/PAS Kedah sekarang amat goyah. Ini ditambah dengan pelbagai permasalahan yang tidak pernah selesai.

Pembubaran DUN juga adalah perkara terakhir kerajaan PR/PAS Kedah akan lakukan kerana mereka pun masih sayang kepada kuasa yang dipegang dalam masa yang amat pendek ini. Kroni-kroni pun tidak dapat merasa keenakkan berkuasa dan mencar kekayaan.

Diperkatakan juga yang exco-exco PKR bakal dijemput ke Pusat Perhimpunan PAS untuk mendapatkan komitmen mereka supaya terus menyokong kerajaan yang ada sekarang. Ini menampakkan yang MB Azizan amat takut akan kehilangan kuasa. Ura-ura pembubaran DUN hanyalah sandiwara mereka tapi dalam masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk mengepung exco-exco dan ADUN PKR supaya tidak lari.

Beginilah suasana kerajaan yang ditubuhkan atas janji-janji palsu dan bersekongkol dengan DAP parti Kominis dan PKR Islam Liberal. Sehingga PAS sendiri sudah bertukar menjadi parti caca merba. Islam sudah kemana, yang ada hanya PAS 4 ALL.

3 comments:

  1. Tuanku perkenan ka dak try la tengok...

    ReplyDelete
  2. mau kata pr ayat derhaka hangpa kata nooo... KAMI NAK IDRIS NATANG apa penjelasan mu wahai blogger?

    ReplyDelete
  3. kamu kata PAS bersekongkol tapi sekurang2 nya tidak gadaikan... (silap ayat ni) bukan gadai jual terus agama dengan meluluskan lesen perjudian bolasepak. Mana mufti2 dan juga pegawai2 agama di JPM... mana tajuk2 utama di dada akhbar teguran mufti2? apa pula pendapat Jonjo Bonji mengenai ini. Sekurang2nya PAS tidak menjual agama walaupun berpakat dengan non muslim. Apa rasional tindakan tersebut sila perjelaskan sekali. Thanks.

    ReplyDelete