Pages

Thursday, May 27, 2010

JANJI-JANJI PAS KEDAH DALAM MANIFESTO PRU12














Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :

1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B. Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM
A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM
A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?

- Sumber: Kedah Times -

Saturday, May 22, 2010

Projek Keluar PR


"Kalau ada ADUN PR yang nak keluar parti, saya akan bubarkan DUN.." begitulah gertakan MB Kedah, Ustaz Azizan. Nampaknya ugutan dia tak menjadi.

Nampaknya ada lagi yang nak keluar PR lepas ni. PAS Alor Setar dah janji nak bagi kejutan pada 28hb ni - nak tarik ramai ahli UMNO keluar masuk ke PAS kononnya.

Sudahlah Ustaz Azizan oii, kalau dah tak mampu tu, usah diugut sana sini nak bubarkan DUN. Kalau nak bubar, buat ajelah.. Tak yah nak cari publisiti murahan untuk spin pemikiran rakyat Kedah. Bak kata pepatah, "Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran"...

Tuesday, May 18, 2010

Isu Setempat Punca BN Kehilangan Kerusi Parlimen Sibu


SIBU, 18 Mei -- Kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kawasan Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu Ahad lepas mungkin sesuatu yang mengejutkan bagi orang luar tetapi bukannya kepada penduduk setempat yang telah membuat keputusan lebih awal dan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan mengundi lawan BN.

Ramai penduduk Sibu tidak berpuas hari dengan pemimpin politik setempat tertentu yang mereka rasa gagal menyelesaikan masalah mereka secara efektif dan tidak mampu menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Mereka jelas tidak gembira dengan keadaan ekonomi yang semakin menyusut di bandar pinggir sungai ini yang merupakan pintu masuk ke daerah pedalaman, sehingga mendorong semakin ramai berhijrah untuk mencari kerja di bandar dan negeri lain.

"Saya tidak faham kenapa kami di Sibu yang mempunyai tanah yang luas tidak mampu membawa masuk pelaburan untuk mewujudkan lebih banyak kerja untuk penduduk. Kami telah kerugian selama ini. Apa yang kami tahu ialah sesetengah rumah ahli politik semakin hari semakin besar," kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali melalui nama keluarganya Wong.

Selain itu, katanya penduduk mahu melihat lebih banyak institusi pendidikan didirikan di Sibu, sama ada kampus cawangan atau institusi penuh kerana ini akan dapat membantu penduduk menjimatkan kos daripada perlu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di tempat lain.

"Kami tidak kisah sama ada kampus cawangan atau kolej dan universiti penuh ditubuhkan di Sibu. Apa yang kami mahu ialah menjimatkan kos dengan tidak perlu menghantar anak kami melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di tempat lain. Jika Miri dan Kuching ada kemudahan itu, kenapa tidak Sibu?," katanya.

Kuching dan Samarahan mempunyai cawangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa kampus universiti dan kolej swasta manakala di Miri terdapat kampus Universiti Curtin.

Juga tidak mengejutkan apabila faktor penentu dalam pilihan raya kecil Sibu ialah undi penduduk di kawasan bandar, dan bukannya undi penduduk di kawasan luar bandar yang sentiasa memihak kepada BN dalam tiga pilihan raya berturut-turut yang lepas.

Pada kali ini, apabila peti undi dari pusat-pusat pengundian di kawasan bandar dibuka, undi diberikan kepada DAP. Apabila pengiraan selesai, undi untuk calon DAP Wong Ho Leng adalah sekali ganda lebih banyak daripada yang diperoleh calon BN Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Kemenangan pakatan pembangkang ternyata lebih manis kepada DAP setelah 28 tahun berlalu dengan yang terakhir ia menang di kerusi itu semasa Ling Sie Ming mengalahkan Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai dari SUPP.

Di sebalik hujan lebat pada malam keputusan itu diumumkan, ribuan penyokong DAP berkumpul di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu di sini untuk meraikan kemenangan calon mereka.

Menurut penganlisis politik kelahiran Sarawak Profesor James Chin, pengundi telah memberikan mesej jelas kepada kepimpinan negeri iaitu mereka mahu melihat perubahan drastik.

Chin berkata faktor lain (punca kekalahan BN) ialah pengundi di kawasan bandar, kebanyakannya Cina, mula menjangkakan lebih banyak lagi daripada SUPP, yang mereka anggap sebagai sebuah parti yang tidak melakukan perubahan dan gagal memenuhi aspirasi pengundi muda.

Ahli akademik Universiti Monash Malaysia itu berkata keputusan pilihan raya kecil itu juga merupakan petunjuk kepada peningkatan kesedaran politik di kalangan pengundi bandar.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata keputusan itu menunjukkan BN tidak berbuat secukupnya untuk memenangi hati dan minda penduduk, khususnya kaum Cina.

"BN perlu menyelami hati sanubari dan kehendak penduduk Sibu, khususnya kaum Cina dan menunjukkan keikhlasannya dalam usaha menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah mereka.

"Hati sanubari dan kehendak amat penting dan BN perlu memberikan tumpuan terhadap aspek ini supaya tindakan boleh diambil untuk membantu rakyat, khususnya penduduk di bandar, bukan dilihat daripada sudut negatif. Memenangi hati dan minda adalah amat penting," katanya semasa dihubungi.

Lebih-lebih lagi ia membabitkan isu setempat seperti pengangguran, mitigasi banjir dan Tanah Adat, yang menjadi kebimbangan utama pengundi di sini, kata Jeniri.

Mungkin apa yang paling diperlukan BN sekarang, sepertimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah perlunya ada semangat baru dan tekad untuk menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya kecil itu, kekuatan BN di kawasan luar bandar kekal utuh kerana penyokong tradisinya masih memberikan sokongan padu. BN juga boleh berasa sedikit lega kerana walaupun kebanyakan pengundi di bandar memilih calon pakatan pembangkang, 32 peratus daripada pengundi Cina masih memilih BN.

Wong memperoleh 18,845 undi untuk menang dengan majoriti 398 undi, mengalahkan Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas Narawi Haron hanya memperoleh 232 undi dan hilang deposit.

Najib, yang berapa kali datang ke Sibu semasa tempoh berkempen, menyatakan antara faktor kekalahan BN ialah pendekatan yang diguna pakai oleh jentera pilihan raya BN, yang menurutnya masih menggunakan cara lama berkempen.

Beliau berkata mereka sepatutnya mereka menggunakan pendekatan lebih kreatif dan agresif dalam menjalankan kempen. - Bernama

Pembubaran DUN - Propoganda PR/PAS?

KEDAH TIMES: Mungkin benar juga jika dikatakan yang ini adalah satu propaganda PR/PAS bagi menyedapkan hati mereka atau sebagai satu 'test' kepada reaksi BN terhadap krisis yang hangat berlaku sekarang - ADUN lompat parti.

Datuk Mukhriz mengatakan yang ini adalah taktik pembangkang untuk mencetuskan pilihanraya lebih awal.

Kita faham akan kedudukan kerajaan PR/PAS Kedah sekarang yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk. Seperti kata MB Azizan disini yang dia akan bubarkan DUN jika seorang ADUN PR lompat parti.

Mungkin ada usaha-usaha mengajak ADUN-ADUN berkaitan untuk menyokong UMNO tetapi ini sebenarnya bukanlah budaya UMNO sepenuhnya. Mungkin dengan niat murni untuk membantu Kedah selari dengan kemajuan di negeri-negeri lain, individu tersebut mengambil usaha tersebut.

Membubarkan DUN juga memerlukan perkenan dari DYMM Sultan Kedah. Bayangkan jika DYMM Tuanku tidak bersetuju dengan pembubaran kerana PRU13 mungkin tidak lama lagi. Adakah UMNO akan bersedia untuk ambil alih kerajaan?

Jika benar ini berlaku, sudah pasti kita akan dengar suara-suara sumbang mengatakan UMNO Zalim perampas, UMNO Penyamun dan sebagainya. Inilah sikap puak-puak PR/PAS. Tanpa mereka sedari yang ini adalah keputusan DYMM. Apakah mereka juga bakal menjadi penderhaka kepada DYMM Kedah seperti yang berlaku di Perak. Allah Maha Mengetahui.

Buat masa ini, UMNO harus menganggap yang ura-ura pembubaran DUN hanyalah taktik PR/PAS yang tiada pilihan jika benar ada ADUN bakal meninggalkan mereka. Kerajaan PR/PAS Kedah sekarang amat goyah. Ini ditambah dengan pelbagai permasalahan yang tidak pernah selesai.

Pembubaran DUN juga adalah perkara terakhir kerajaan PR/PAS Kedah akan lakukan kerana mereka pun masih sayang kepada kuasa yang dipegang dalam masa yang amat pendek ini. Kroni-kroni pun tidak dapat merasa keenakkan berkuasa dan mencar kekayaan.

Diperkatakan juga yang exco-exco PKR bakal dijemput ke Pusat Perhimpunan PAS untuk mendapatkan komitmen mereka supaya terus menyokong kerajaan yang ada sekarang. Ini menampakkan yang MB Azizan amat takut akan kehilangan kuasa. Ura-ura pembubaran DUN hanyalah sandiwara mereka tapi dalam masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk mengepung exco-exco dan ADUN PKR supaya tidak lari.

Beginilah suasana kerajaan yang ditubuhkan atas janji-janji palsu dan bersekongkol dengan DAP parti Kominis dan PKR Islam Liberal. Sehingga PAS sendiri sudah bertukar menjadi parti caca merba. Islam sudah kemana, yang ada hanya PAS 4 ALL.

Wednesday, May 12, 2010

DUN KEDAH: SIAPA LAGI NAK LOMPAT PARTI?



Alahai MB Azizan... Bila lagi nak bubarkan DUN Kedah? Angkat bendera putih ajelah. Toksah dok ketegaq menegakkan benang yang basah lagi. Dah terbukti tak boleh mentadbir negeri dengan sempurna.

Selepas ni siapa lagi nak tinggallkan PR?
Menurut spekulasi semasa, calon-calonnya adalah:


N35 KULIM: LIM SOO NEE (PKR)


N25 BUKIT SELAMBAU: S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)


N29 SIDAM: TAN SHOW KANG (PKR)


N13 KOTA DARUL AMAN: LEE GUAN AIK (DAP)

Kerajaan PR Kedah perlu sedar betapa rapuhnya pemerintahan depa la ni. Isu-isu seperti Kulim Hi-Tech, ayaq, rumah rakyat, sampah, balak dan berbagai lagi yang semuanya masih berstatus "pending". Tak boleh-boleh lagi nak settelkan..

Kerajaan Kedah la ni diterajui PAS dengan 16 Kerusi dan disokong oleh 3 PKR dan 1 DAP. Kuasa pemerintahan PAS Kedah cukup-cukup berharap pada 1 kerusi DAP dan 2 lagi dari PKR.

Kalaulah 2 ADUN PKR lompat keluar menjadi Bebas, maka secara otomatik PAS akan hilang majoriti di DUN. Dan jika dalam masa yang sama semua ADUN Bebas mengumumkan menyokong UMNO, maka UMNO (BN) secara sahnya bolehlah berjumpa DYMM Sultan untuk membentuk kerajaan.
Sudahlah, bubar ajerlah DUN Kedah, Azizan oiii... sebelum kamu akan dibubarkan...

Tuesday, May 11, 2010

Ahli PAS Alor Setar keluar parti

















61 ahli Pas Bahagian Alor Setar keluar parti, sertai UMNO


ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas. – Utusan


Pakatan Kedah goyah, ahli PAS pula keluar parti

Pada bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ia benar-benar berlaku. - Malaysia Kini


Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti

Apr 19, 10 3:28pm

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini. Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti. Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas. Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi. Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu. Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut. - Bernama


Lepas ni, akan keluar statement dari PAS yang menafikan berita ini. Macam biasalah, siapa tak kenal MB Kedah. "Saya tak tau, tak tau..." Kononnya rakyat dah tak sokong depa lagi. UMNO keluarkan berita tipu. Orang yang dinyatakan oleh UMNO tu bukan ahli PAS pun, tapi diupah UMNO supaya buat pengakuan sebagai ahli PAS yang keluar parti.

Depa dah tak boleh terima yang pemimpin PAS yang sedang menjawat jawatan la ni sudah tidak memperdulikan penyokong sendiri. Dah terbukti yang pemimpin PAS Kedah sememangnya tak reti buat keja...

Tuesday, May 4, 2010

ISU PENULIS BLOG: NIK AZIZ TERUS BERDIAM...


Kenapa Nik Ajis masih berdiam diri? Adakah benar beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat? Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz turut mendedahkan nama individu-individu yang memberi peruntukan RM4 juta itu yang turut merangkumi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

''Jika Nik Abdul Aziz masih berdiam diri bermakna beliau sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan tertanya-tanya dan terpaksa membuat andaian sendiri yang tidak pasti kebenarannya,'' jelas Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Salleh Buang.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, adalah tidak wajar jika Nik Abdul Aziz terus mengambil sikap mendiamkan diri dalam isu yang didakwa oleh Syed Azidi itu.

''Sikap itu menunjukkan beliau seperti ingin lari dari tanggungjawab sedangkan rakyat hendak tahu perkara sebenarnya yang berlaku.

''Ini juga seolah-olah menunjukkan bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh Nik Abdul Aziz,'' ujarnya.

Nampaknya, susah untuk PR menafikan dakwaan Syed Azidi. Pendedahan oleh beliau yang lima pembiaya utama firma Global Media Channel (GMC) yang dikendalinya sebelum ini bagi tujuan operasi gerak saraf melemahkan kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan Pas di Kelantan.

Syed Azidi berkata, beliau tampil menyenaraikan nama pembiaya itu sebagai bukti dan sokongan kepada dakwaan yang dibuat menerusi blognya baru-baru ini adalah benar.
Mereka yang disenaraikan sebagai pembiaya GMC itu terdiri daripada pemimpin kanan Pas Kelantan, ahli majlis, pengarang kanan sebuah akhbar pembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan dan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan yang membabitkan kos RM4 juta sepanjang tiga tahun.

Berdasarkan senarai itu, ahli majlis terbabit kelihatan menjadi penyumbang terbesar kepada GMC sebanyak RM2.66 juta kerana turut membiayai pembelian bangunan empat tingkat bagi menempatkan operasi GMC di Jalan Kota Darul Naim di sini.

Bangunan terbabit dibeli pada kos RM1.2 juta antara Mei hingga Julai 2007, atas nama sebuah yayasan itu, menempatkan sebuah studio kedap bunyi, pusat operasi media dan teknologi maklumat serta ruang pejabat.
Syed Azidi mendakwa, bangunan berkenaan dibeli menerusi urus niaga terus antara ahli majlis terbabit dengan pemilik asalnya selepas lokasi itu dipilih beliau.

“Beliau juga membayar hutang pilihan raya yang ditanggung GMC kepada pencetak sebuah akhbar berjumlah RM1.2 juta antara Mac hingga Mei 2008, selain menyerahkan tunai RM260,000 pada September dan November 2008 untuk operasi bulanan GMC dan operasi TV parti itu yang diuruskan di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, pengarang kanan sebuah akhbar juga membuatkan pembayaran secara berperingkat dengan tunai dan cek berjumlah RM350,000 bagi membiayai pembelian peralatan penggambaran untuk kegunaan operasi GMC antara Jun hingga Ogos 2007.

Katanya, pemimpin kanan kerajaan negeri juga menyerahkan tunai RM40,000 untuk kegunaan GMC antara Jun hingga Julai 2007 di tempat letak kereta hadapan pintu masuk kenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

“Seorang bekas Adun Pas melalui syarikatnya pula menyumbang RM1.28 juta secara tunai secara berperingkat bagi membiayai pengubahsuaian dan belian perabot, peralatan ICT serta biaya operasi untuk GMC antara Mei 2007 hingga Januari 2009,” katanya.

Seorang pemimpin pemuda Pas pula menyerahkan bayaran secara tunai kepadanya di pejabat sebuah akademi pembangunan keluarga di Kota Bharu.

Keadaan menjadi payah untuk PAS menafikan kenyataan ini. Nampaknya segala dakwaan Syed Azidi merupakan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.