Pages

Tuesday, March 2, 2010

PAS memusuhi Bloggers


Mutakhir Blogger PAS telah wujud satu kecenderungan pihak pimpinan tertinggi PAS untuk memusuhi bloggers.

Sebabnya dikatakan blogger-blogger PAS terlalu banyak menyerang pimpinan PAS secara terbuka, menyerang pimpinan PAS kerana tidak mengikut saluran yang betul dan kerana mereka tidak wala' dan tidak mempunyai adab berjemaah.

Terbukti pemimpin PAS yang ada pada hari ini adalah dari jenis pemimpin yang hanya mahu dipuja dan dipuji tetapi tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun walaupun blogger-blogger PAS.

Mereka (blogger PAS) tiba-tiba dimusuhi, tiba-tiba diserang di atas apa juga platform, samada seminar, konvensyen atau apa juga perhimpunan yang diadakan semata-mata untuk mengutuk blogger kononnya mereka pelontar "fitnah yang benar" - satu istilah yang dicipta setelah mengetahui bukan fitnah yang diutarakan tetapi kritikan yang tidak dapat dijawab oleh mereka yang memegang kuasa pimpinan.

Kemenangan PAS dalam PRU 12 adalah bukan kerja ANWAR, bukan juga kerja blogger-blogger, tetapi Allah.

Pimpinan PAS masih mendabik dada: kemenangan kami adalah hasil usaha kami semata-mata... blogger tidak ada peranannya! Oleh itu PAS kini sudah muktamatkan bahawa mereka tidak perlukan BLOGGER lagi ...

Sumber: KEDAH LANIE


Blogger PAS adalah musuh kepada Pemimpin PAS.

DASAR KACANG LUPAKAN KULIT ...

BILA PULA MEREKA (PEMIMPIN PAS) AKAN MELUPAKAN RAKYAT...

No comments:

Post a Comment