Pages

Monday, May 31, 2010

Senario bila wakil DAP jadi TPM

Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada DAP jika mereka menang pada PRU-13 nanti. Itu janji Anwar. Biasalah Anwar tabur janji kat mana-mana. Bukan takat dengan DAP, dengan Pas, Nik Aziz, waima puak2 dalam IMF dan Bank Dunia pun dia tabur janji. Dengan orang kampung lagilah.

Tapi bila dia janji nak bagi jawatan TPM kepada DAP (yang aku percaya DAP akan calonkan Lim Guan Eng) aku boleh membayangkan senario bahawa tidak lama selepas itu DAP akan menguasai kerajaan Malaysia dengan jalan cukup mudah. Bagaimana?

Kalau pada PRU-13 nanti pembangkang kuasai kerajaan Malaysia, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri, Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebagai TPM. Kemudian pada sidang Parlimen pertama selepas penubuhan kerajaan baru, DAP melalui Karpal Singh akan kemuka usul undi tidak percaya terhadap PM (Anwar). Sebabnya beliau mempunyai cukup bukti perlakuan liwat Anwar.

Anwar mahu tak mahu terpaksa mengaku salah sebab takkan dia nak kata Karpal buat konspirasi nak jatuhkan dia sedangkan Karpal adalah peguambelanya untuk kes liwat terhadap Saiful Bukhari dan juga kes liwat pertama dulu.

Maka Anwar terpaksa undur diri selaku PM dan menyerahkan jawatan kepada kedua-dua TPM yang ada untuk memangku tugas PM. Dan Hadi Awang pula terpaksa mengalah sebab jumlah Ahli Parlimen Pas dalam dewan lebih sedikit berbanding DAP. Ahli Parlimen PKR pula dah tak ramai sebab dah lompat jadi wakil Bebas. Maka masa itu, nak tak hendak Guan Eng dilantik sebagai PM yang baru bagi menggantikan Anwar.

Maka berkuasalah DAP terhadap kerajaan Malaysia dengan cara cukup mudah - menjatuhkan Anwar ketika beliau menjadi PM. Dan pada masa itu orang Melayu baik dalam UMNO, Pas apatah lagi PKR hanya tersengih menayang gigi sebab tak mampu lagi berbuat apa2.

Sepanjang lima tahun menerajui kerajaan Malaysia sehingga PRU akan datang, banyak perkara boleh dilakukan oleh DAP termasuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.

Jadi, sebab itulah DAP menyambut dengan tangan terbuka jika benar Anwar nak lantik wakil mereka menjadi TPM jika memerintah negara ini. Tapi itu cuma angan-angan Anwar saja. Angan-angan Mat Jenin....!!

- Sumber: Mesin Taip Buruk

1 comment:

  1. Poyo Betul PEMIMPIN negara kita nie... KUTUK ISRAEL sambil lepak-lepak makan KEK jaa...!!!




    Inilah dia pemimpim yang UMNO dok agung2kan... perangai macam apa ja kelaku pemimpin Malaysia nie... macamana hangpa boleh sokong bagi jadi PM aku tak tau laa... satu dunia dok kalut menyatakan kecaman tapi kita kena tunggu sampai 12jam baru nak KUTUK serangan ISRAEL tersebut....

    tapi yang paling mangkok hayun lagi hari nie bila terdedahnya gambaq nie cuba hangpa tengok.... betapa hebatnya pemimpin Malaysia dimana nak kutuk ISRAEL tersebut sambil santai2 makan KEK saja.... entahlaaaaa pemimpin macam nie kaa hangpa masih berharap nak jaga rakyat... pada aku kalau nak pelingkop rakyat ada laa lagi.....

    sedangkan TURKI sana siap panggil Sidang Parlimen untuk buat kutukan... tapi yang kita dok makan KEK...........

    ReplyDelete